Skip to main content

Pesona Wanita: Pengenalan


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
(QS Ali Imran [3]: 14).


Allah SWT menjelaskan dalam ayat diatas tentang penghias kehidupan manusia. Pertama, annisa, (wanita-wanita). Allah SWT menjadikan mereka sebagai penenang jiwa, raga, dan hati. Juga sebagai tempat yang menyenangkan dan penghibur nurani. (Arrum [30]: 21). Dalam ayat lain, Allah SWT mengingatkan agar kita pun waspada terhadap wanita. Sebab, wanita bisa menjadi musuh dan penyebab yang melalaikan dari mengingat-Nya. (Attaghabun [64]: 14).

Wanita sebagai penghias kehidupan ditempatkan pada urutan pertama, kerana wanita merupakan bentuk ujian terberat, disamping harta dan takhta. Kecintaan kepada wanita terkadang mendorong seseorang berbuat tercela, menghalalkan berkbagai macam cara dalam mendapatkan harta dan tahta. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengingatkan: “cubaan terbesar yang aku tinggalkan untuk umatku adalah wanita.” (HR Ibnu Majah)

Justeru itu, saya amat tertarik untuk menyediakan bingkisan mengenai Pesona Wanita yang terdapat dalam Al-Quran. Ayat al-Quran yang sangat menarik dihuraikan tentang pesona wanita ini boleh dirujuk dalam Surah Yusuf ayat 23 hingga 35. Sebagaimana yang kita tahu, Surah Yusuf merupakan surah yang padat dengan jalan penceritaan. Dikisahkan tentang cubaan-cubaan yang terpaksa dilalui Yusuf ‘alaihissalam (a.s) sedari kecil sehinggalah beliau dewasa. Apa yang menarik tentang penceritaan mengenai pesona wanita ini adalah perkaitan tentang kisah Zulaikha, isteri pembesar Mesir yang juga ibu angkat kepada Yusuf a.s.


Kisah mengenai godaan, helah serta fitnah yang dimainkan oleh Zulaikha terhadap Yusuf a.s ini sangat besar iktibarnya kepada kita umat akhir zaman  yang terdedah kepada pelbagai cubaan dunia. Bingkisan ini saya tekankan penaakulannya daripada Tafsir Ibn Kathir yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Indonesia. Moga ada manfaatnya atas usaha yang sangat kecil ini.



Srikandi Al-Azwar,
nur_mylp@yahoo.com
Baiti Jannati, Bkt Mahkota.

Comments

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.