Saturday, May 7, 2016

Orientalisme: Pengenalan

Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut “Al-Istisyraq" adalah ilmu tentang Timur atau hal Ehwal Ketimuran. Secara jelasnya, ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan penduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'enya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan syakhsiah mereka. Secara umumnya, kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagai bentuk, untuk pelbagai tujuan.

Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa Orientalisme merupakan sebuah disiplin ilmu yang mempunyai metodologi yang tersendiri. Ia dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan dan operasinya.

Orient atau timur sebagai subjek akademik yang diciptakan oleh orientalis sebagai sistem ilmu pengetahuan tentang timur. Seperti yang diungkapkan oleh Gramsci, bahawa ada  intelektual organik yang dimiliki oleh barat. Bila tidak ada sayap intelektual, maka tidak ada orientalisme. Siapa pun yang mengajar, menulis, meneliti Timur, mereka dinamakan Orientalis. 
Berdasarkan tradisi akademik ada aspek ontologis dan epistemologis yang mendasarinya. “Orientalism is a style of though based upon an ontological and epistemological distinction made between ‘the orient’ and (most of the time) ‘the occident’.”[1] Orientalisme sebagai suatu gaya berpikir yang didasari atas perbedaan ontologis dan epistemologis yang dibuat antara The Orient (timur) dan The Occeident (barat).
Gerakan Orientalisme ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuan mendakyahkan agama Kristian. Tetapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran Imperialisme Barat ke Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.

Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: "Terdapat suatu kesefahaman mutlaq di kalangan mubaligh Kristian kurun ke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang Islam seandainya mahu menjayakan pengkristianisasian ke atas mereka. Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak itu merupakan faktor penting dalam perkembangan Orientalisme. Pada masa itu, tidak mudah untuk memisahkan Orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan. Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utama bagi lahirnya Orientalisme".[2]

Kajian Ketimuran yang bercambah di Eropah pada abad-abad pertengahan adalah didorong oleh pertentangan agama dan suasana perang Salib pada ketika itu. Pengaruh dan semangat untuk mengembangkan Kristian pada ketika itu jelas dalam nota rasmi pembentukan kelas pengajian Bahasa Arab di Universiti Cambrigde, England, yang bertarikh 9 Mei 1636 masihi oleh pengasasnya. Nota tersebut antara lain menyebutkan:

"Kita sedar bahawa dengan usaha ini kita bukan sahaja bertujuan untuk mendekati kesusasteraan yang baik untuk mendedahkan sebahagian besar ilmu pengetahuan yang ada kepada cahaya dan tidak membiarkannya tertutup di dalam bahasa yang ingin kita pelajari sahaja akan tetapi kita juga sebenarnya bertujuan untuk mengajukan khidmat bakti kepada pemerintah dan negara melalui perdagangan kita dengan negara-negara Timur, selain untuk mengagungkan tuhan melalui perluasan batasan gereja dan seruan kepada agama Kristian di kalangan orang-orang yang masih hidup dalam kegelapan".[3]
 
Robert Bacon (1214-1294)
Antara Orientalis yang begitu mementingkan ajaran Ketimuran ini untuk tujuan pengkristianan ialah Roger Bacon (1214 - 1294 m). Beliau menganggap hanya melalui gerakan pengkristianan ini sahaja Dunia Kristian dapat diperluaskan.




Menurut Al Jabiri : "Peranan yang paling serius yang dijalankan oleh Orientalis dalam memerangi Islam secara amalinya ialah dengan membina rentetan pusat pengajian dari tadika hingga ke peringkat Universiti yang mendidik generasi baru umat Islam dari pelbagai lapisan khasnya peringkat yang mempunyai kelayakan kepimpinan yang tinggi dan sederhana.Mereka juga mengeksploitasi profesion kedoktoran, juru rawat serta klinik-klinik dan hospital Missionari. Untuk tujuan tersebut mereka hidup bergaul denagan orang Islam dan Arab di negara jajahan tersebut. Mereka cuba meyakinkan kepada orang Islam akan kebaikan tamadun Eropah yang palsu itu. Mereka mengajak ke arah pergaulan bebas, pendedahan aurat, dekadensi moral atas dakwaan kebebasan diri atau personal, mereka mendakyahkan fahaman keliru seperti Sekularisme, Existensialism dan lain-lain. Orang yang menyahut seruan mereka akan dididik agar menafikan kerasulan Muhammad salallahualaihi wasalam".[4]

Sejarah Orientalisme menunjukkan bahawa ia mempunyai hubungan kait yang rapat dengan 'needs and goals' golongan Kolonialism dan juga rencana missionary Kristian. Ianya berlanjutan sehingga ke hari ini dan sekarang ini sedang menjadi sebahagian dari strategi 'geo-political' kebanyakan kerajaan Barat dan perkhidmatan perisikan mereka untuk mengkaji serta menyusun strategi bagi menghadapi Islam.





[1] Orientalism. Western Conception of The Orient oleh Edward W. Said. Third Edition. Harmondsworth Penguin,
1991, Hlm. 2
[2] Gerakan Orientalisme & Kristianisasi Ancaman Terhadap Ummah oleh Nik Azran Muhammad & Mohd Mahadi b. Isa, 2009, hlm. 11
[3] Tayyarat wa Mazahib Fikriah Muasoroh, hlm. 30.
[4] Ibid, Gerakan Orientalisme & Kristianisasi Ancaman Terhadap Ummah, hlm. 17-18

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...