Skip to main content

Penggunaan Kata-kata Positif Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (2)

Teori behaviorisme



Dalam ilmu pendidikan awal kanak-kanak, terdapat beberapa teori utama, antaranya teori behaviorisme. Di dalam teori berkaitan tingkah laku ini, teori pelaziman merupakan salah satu teori yang amat penting untuk dikatahui dan diterapkan. Teori yang dimulakan oleh Edward Thorndike (1879-1949) ini menitikberatkan penerapan sesuatu nilai baik diberikan ganjaran pada permulaannya[1]

Melalui teori ini, Thorndike percaya bahawa setiap tindakan yang diikuti dengan keadaan yang memuaskan maka tindakan itu akan diulangi. Jika keadaan berlaku sebaliknya, tindak balas akan lenyap. Beliau juga terkenal dengan teori law of effect yang mana menekankan pengalaman yang manis akan diikuti dengan pengukuhan yang positif, manakala pengalaman pahit akan diikuti dengan pengukuhan yang negatif[2].

Kanak-kanak kebiasaannya akan mempelajari tingkah laku dengan pengukuhan positif walaupun ganjaran tidak diberikan pada setiap kali tingkah laku tersebut dilakukan. Seorang ahli behavioris, Tassoni telah memberikan contoh orang yang membeli tiket loteri. Apabila orang itu telah menang sekali, ia yakin akan menang pada waktu yang lain jadi tanpa jemu dia akan bermain loteri. Begitulah keadaannya dengan kanak-kanak, apabila diberikan ganjaran berbentuk pujian atas kejayaan melakukan sesuatu tindakan yang baik akan bertindak mengulangi perbuatan tersebut.



Al-Ghazali juga amat mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau menyatakan, apabila kanak-kanak menunjukkan budi pekerti yang baik, mereka harus diberi ganjaran yang dapat menggembirakan hati mereka. Sebaliknya, jika mereka melalukan kesilapan, orang dewasa hendaklah berpura-pura tidak nampak kesalahan tersebut. Malahan, tidak sekali-kali memalukan kanak-kanak tersebut di hadapan orang lain dengan menyatakan kesalahan yang dibuat. Sekiranya kanak-kanak itu mengulangi perbuatan yang salah, mereka hendaklah ditegur secara tersembunyi serta menyatakan sebab perbuatan itu tidak boleh dilakukan.[3]

Saya amat bersetuju dengan teori pelaziman ini, hal ini terbukti di dalam pengurusan tingkah laku anak-anak murid di dalam kelas. Sebagai contoh, di awal tahun sesi persekolahan bermula, guru memberi ganjaran berbentuk hadiah kepada pelajarnya yang berjaya menyiapkan kerja sekolah dengan lengkap. Ganjaran berbentuk ini tidak semestinya diberikan selalu tetapi perlu diselangi dengan ganjaran berbentuk kata-kata positif. Hasilnya, pelajar-pelajar di dalam kelas sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kerja sekolah tanpa perlu diberi hukuman.

Penerapan teori ini dilihat besar kesannya terhadap murid-murid kelas corot. Bagi saya, murid-murid ini amat perlu diambil perhatian lebih kerana mereka masih tercari-cari identiti sendiri. mereka belum begitu jelas target yang ingin diletakkan pada masa hadapan.



Tinta Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com

## Baca Penggunaan Kata-Kata Positif Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (1)


[1] Azizah Lebai Nordin, ibid, hlm. 49.
[2] Ibid.
[3] Ibid, hlm. 42.

Comments

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.