Friday, April 15, 2016

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (5)



         
      d) Memberi penghargaan 

Di samping itu, pujian juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak. Seperti yang dihuraikan ringkas dalam teori pelaziman, pujian juga mampu mencetus kebaikan demi kebaikan untuk dilakukan oleh kanak-kanak. Pujian ini merupakan salah satu metod memberi ganjaran dalam bentuk kata-kata. Jika dilakukan berterusan, kanak-kanak akan rasa sangat dihargai hasil usahanya.


Kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa dari sudut pandangnya. Begitu juga dalam hal memberi kata pujian ini, tidak perlu memberi pujian yang sukar difahami mereka tetapi cukup dimulakan dengan sesuatu yang mudah.  Perkara yang mudah lebih difahami oleh mereka dan mendapat respon lebih positif.



Sebagai contoh, cukup mengatakan “good” dan “excellent” jika ingin memuji kanak-kanak dalam bahasa inggeris. Puji mereka dengan sesuatu kata-kata yang difahami lebih membuatkan hati mereka kembang kuncup.



Pujian juga boleh menggunakan nama. Penggunaan nama dalam konteks memberi penghargaan adalah sangat menakjubkan. Sebagai contoh, ketika memulakan kelas tahun  satu, seperti biasa saya akan menarik perhatian mereka untuk berdiri dalam  keadaan tegak dan pandang ke hadapan. Ayat yang selalu saya gunakan untuk mencuri perhatian mereka adalah dengan berkata, “berdiri tegak seperti…” Lama kelamaan sehingga akhir tahun pelajar-pelajar ini sudah memahami tindakan saya dan perhatian yang diberikan kepada saya adalah lebih pantas. Mereka juga kelihatannya ternanti-nanti nama siapakah yang akan disebut. Mereka menanti dengan penuh harapan dan keterujaan!


Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com

Baca:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...