Skip to main content

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (4)

      c) Mendorong ke arah kebaikan 

Matlamat untuk mendorong ke arah kebaikan adalah satu elemen yang sangat penting dalam memberi pujian kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ini bersifat bersih dari kejahatan. Mereka lebih cenderung ke arah perkara yang baik. Namun demikian, ada kanak-kanak yang suka melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Hal ini disebabkan ada dorongan ke arah kejahatan oleh orang dewasa yang berada di sekelilingnya.



Anak-anak dilahirkan bersih fitrahnya.
Orang sekelilingnya yang mendorong corak peribadinya.


Saya datangkan satu contoh seorang pelajar saya. Seorang pelajar tahun satu. Pada permulaan sesi persekolahan pelajar ini nampak seperti biasa-biasa sahaja. Setelah lebih kurang beberapa bulan sesi pembelajaran, nampak pelajar ini semakin menurun dalam prestasinya. Dia sudah mula pandai mengambil barang-barang rakan sekelasnya kemudian menyatakan itu barangnya, meminjam duit rakannya kemudian berkata itu duitnya dan suka mengganggu rakan-rakannya. Apa yang lebih mengejutkan adalah pada satu hari didapati terdapat kotak rokok di dalam begnya. Apabila ditanya, pelajar itu mengatakan bahawa terjumpa di tepi jalan. Kemudiannya, apabila disoal lagi oleh guru disiplin dia mengatakan ayahnya minta dibelikan.


Dalam situasi ini, dapat dilihat bahawa pelajar ini mula merasakan dirinya kurang bernasib baik seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain. Dia tidak dapat apa yang diinginkan seperti alat tulis yang menarik dan sebagainya. Justeru, dalam menghadapi pelajar ini harus bijak. Ransang dia untuk melakukan kebaikan sebanyak yang mungkin dengan bentuk pujian yang berterusan walau sekecil-kecil perkara. Apa yang dapat saya perhatikan adalah, pelajar ini kembali ingin memberi tumpuan dalam kelas saya. Kemudian apa yang paling menyeronokkan adalah dia mengeluarkan buku latihan dengan sendirinya tanpa perlu disuruh-suruh. Seterusnya membuat kerja-kerja sekolah yang diminta untuk dilakukan. Inilah kesan daripada kata-kata positif seperti pujian yang mampu mendorong pelajar kembali melakukan perkara kebaikan. 




a.                
Srikandi Al-Azwar

Comments

Popular posts from this blog

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.