Skip to main content

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (2)

          ii. Jelas matlamat pujian




Pujian ada pelbagai metod dan boleh disampaikan dalam banyak situasi. Namun, perkara yang tidak kurang penting adalah perlu bermatlamat. Jika sesuatu yang dibuat dengan bermatlamat barulah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga dalam hal memuji, pujian yang diberikan kepada kanak-kanak ada banyak matlamat antaranya;


 a) Menarik perhatian

Seperti yang dihuraikan di atas, dalam konteks menarik perhatian ini sebenarnya sangat perlu untuk kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak kebanyakannya sering tenggelam dalam dunia sendiri. Jika mereka bersama rakan sebaya mereka kebarangkalian untuk mendengar apa yang dituturkan kita adalah rendah. Mereka lebih suka melakukan aktiviti mereka sendiri seperti bermain!


Jadi, apabila pujian diberikan ini dapat menghentikan kelekaan mereka seterusnya mengalih perhatian kepada guru. Perkara ini sangat perlu terutama kepada anak-anak yang kurang cemerlang dalam pelajaran. Namun demikian, dalam situasi di luar waktu kelas, anak-anak yang kurang bijak dalam pelajaran ini berkemungkinan akan menjadi seorang yang sangat cemerlang di atas padang. Kenapa ini berlaku? Kerana kecenderungan kanak-kanak bergantung kepada minat mereka.


Begitu halnya bagi orang dewasa, jika berlaku situasi yang bertentangan dengan minat pastilah menjadi kurang aktif. Sebagai contoh, terpaksa berada dalam seminar sepanjang hari dan tajuk pula kedengaran membosankan pastilah perhatian sukar sekali diberikan. Mereka lebih berminat untuk tidur dan bermain telefon pintar! Samalah keadaannya dengan kanak-kanak, jadi untuk menarik perhatian mereka haruslah lebih kreatif dan lebih membumi.


Teknik memuji yang betul mendorong anak untuk mendengar arahan dan permintaan ibu bapa

Situasi yang direka untuk diberi pujian haruslah bersifat semulajadi di mata mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang sedang leka bermain permainan mereka jika ingin dapatkan pertolongan mereka haruslah dipuji terlebih dahulu seperti berikut, “anak-anak soleh ibu tengah buat apa tu…” kemudian mereka menjawab “main masak-masak!”. Kemudian diteruskan dengan, “wah…mesti sedapkan…pandainya anak ibu masak…” Melalui kata-kata pujian ringkas ini pasti akan membuatkan perasaan mereka berbunga-bunga dan tersenyum. Respon pertama yang mereka berikan sebenarnya sudah memberi kita isyarat bahawa mereka sudah mengalihkan sedikit perhatian. Jadi, bolehlah diteruskan dengan tujuan asal kita untuk meminta pertolongan dengan berkata, “anak-anak soleh ibu boleh tolong ibu sebentar?”, “apa ibu?”, “tolong angkat kain di ampaian...” Anak-anak yang sudah teruja dengan pujian kita pasti akan lebih mudah memberi perhatian kepada kita justeru permintaan pasti sukar ditolak. 

Tinta Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com  

Comments

Popular posts from this blog

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.