Skip to main content

Kuasa Pujian Terhadap Kanak-Kanak (1)


Kanak-kanak amat suka dipuji. Mereka juga suka nama mereka disebut. Selalu mendapat pujian kerana melakukan perkara yang betul membantu kanak-kanak memahami bahawa perbuatan baik akan mendapat perhatian. Teknik memanggil nama diikuti dengan pujian menambahkan lagi curahan jatidiri positif kepada kanak-kanak tersebut.

                       i.        Pujian secara terbuka

Apabila memberi pujian, ianya perlu diberikan secara terbuka dan kerap. Walaupun sekecil-kecil pujian diberikan, kanak-kanak amat menghargainya. Sesetengah dari kanak-kanak tidak memberikan respons kepada pujian yang diberikan kerana mereka tidak pernah meyedari kebaikan yang sudah menjadi tabiat itu adalah satu perkara yang perlu dihargai. Malah, sesetengahnya hanya menerima komen negatif daripada perbuatan baik mereka.[1]


Kebanyakan kanak-kanak seringkali diingatkan dengan segala macam peraturan. Ini jangan dilakukan, ini tidak boleh dan itu salah sehinggakan memberikan kesan yang buruk terhadap keyakinan diri mereka. Lama kelamaan, apabila seseorang datang dan memperkatakan sesuatu yang baik mereka menjadi keliru. Inilah kesan daripada pengulangan kata-kata. Seperti ada satu teori barat menyatakan, sesuatu yang salah dan jahat jika dikatakan ianya baik dan mulia secara berulang, maka lama kelamaan yang salah dan jahat itu akan nampak benar-benar baik dan mulia.

Oleh kerana itu, pujian atau kata-kata positif hendaklah diberikan secara kerap dan jelas. Perlu dinyatakan secara terang-terangan apa kebaikan yang telah mereka lakukan. Ini akan memberikan dorongan kepada kanak-kanak lain yang mendengarnya. Sebagai contoh, pada permulaan guru masuk ke dalam kelas adalah menjadi kewajiban guru memastikan semua pelajar dalam keadaan bersedia. 


Perkara yang mudah untuk menarik perhatian mereka untuk berdiri secara tegak adalah melalui pujian. Guru-guru perlu meyatakan secara jelas nama dan perbuatan baik tersebut, “sila berdiri tegak seperti…Al-Junaid!, seperti…Farhan! Seperti Anaqi!”. Sebut beberapa nama untuk mendorong pelajar yang berdekatan pelajar yang disebut nama tersebut juga melakukan perkara yang sama.

Namun, perlu dipastikan bahawa setiap ganjaran sama ada melalui kata-kata atau material hendaklah diberi peluang secara terbuka kepada setiap kanak-kanak yang berada di sekeliling. Ruang pujian haruslah dimulakan dengan perkara yang senang dilakukan terlebih dahulu barulah meningkat kepada perkara yang sukar. 


Sebagai contoh di dalam kelas, guru memulakan sesi pembelajaran dengan pertanyaan, “siapa di sini gosok gigi pagi tadi sila angkat tangan!”, kemudian guru bertanya, “siapa di sini bersarapan di rumah!”, “siapa di sini cium tangan ibu dan ayahnya sebelum datang ke sekolah?” dan soalan terakhir, “siapa di sini yang bangun awal dan solat subuh?”. Setiap soalan yang mendapat respon “ya” daripada pelajar hendaklah direspon dengan kata-kata pujian seperti, “bagus”, “baiknya”, “bagusnya” dan “tahniah!”.



Lihat, ruang pujian yang diberikan merupakan sesuatu yang mudah dan bersifat umum. Dengan keterbukaan tersebut ramai pelajar dapat meyertainya dan berasa tidak terkecuali termasuk orang yang melakukan kebaikan. Setelah, pertanyaan-pertanyaan dilontarkan dan respon telah diberikan pelajar maka seharusnya tidak diabaikan tergantung begitu sahaja. 

Orang yang memuji tersebut haruslah membuat kesimpulan secara keseluruhan, “siapa yang bangun pagi gosok gigi, bersarapan pagi, cium tangan ibu dan ayah dan menunaikan solat ini merupakan pelajar yang sangat bijak..baik sifatnya..cemerlang akhlaknya dan yang paling penting, Allah sayang!”. 

Pujian-pujian yang jelas dinyatakan ini bukan sahaja menggembirakan hati yang mendengar tetapi juga menaikkan semangat mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada apa yang disampaikan oleh orang yang memuji.





[1] Griffiths & Karen Jones, 101 Senarai Penting Menguruskan Tingkah Laku di Sekolah Rendah, hlm. 65-69.

Comments

Popular posts from this blog

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.