Friday, April 22, 2016

Biografi Imam Ibn Kathir


Beliau ialah Imad al-Din Abu al-Fida’ Ismail bin Umar Ibn Kathir bin Dau’ bin Zara’ al-Qurashi al-Syafie[1]. Dilahirkan pada 705H di Kg. Majdela, Busra. Beliau dibesarkan sebagai seorang yatim kerana bapanya meninggal dunia sewaktu beliau berusia tujuh tahun. Bapanya ialah Abu Hafs Umar yang merupakan orang Alim di kota Busra, imam dan khatib di kampungnya. 


Selepas kewafatan bapanya, ibunya membawa beliau dan abangnya menetap di kota Damsyik. Di Damsyik, beliau telah menghafaz al-Quran sejak kecil dan belajar ilmu fiqh, hadith, tafsir, sejarah dan bahasa Arab sehingga beliau menjadi tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau berguru dengan lebih dari dua puluh ulama besar Syam antaranya Al-Hafiz Abu al-Hajjaj al-Mizzi: Yusuf bin Abdul Rahman bin Yusuf bin Abdul Malik (m742H) dan Ibnu Taymiyyah (m728H).

Selain itu, Imam Ibnu Kathir banyak menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang ilmu, terutama sejarah dan ilmu tafsir, antaranya karyanya yang terkenal ialah:

1) Al-Bidayah wa al-Nihayah fi al-Tarikh.
2) Tafsir al-Quran al-Azim
3) Al-Kawakib al-Darari fi al-Tarikh.
4) Intikab min al-Bidayah wa al-Nihayah.
5) Al-Ijtihad fi Talab al-Jihad.
6) Jami’ al-Masanid
7) Sunan Hadi li Aqwam al-Sunan.
8) Al-Wadih al-Nafis fi Manaqib al-Imam Muhammad bin Idris.

Menurut Syeikh Muhammad ‘Ali ash-Shabuni[2] dalam muqaddimahnya, Imam Ibn Kathir adalah seorang pemimpin para ulama dan satu di antara tokoh utama di kalangan mufassir. Dalam penulisan tafsirnya, kitabnya merupakan kitab tafsir bil ma’thur yang terbaik. Salah satu kelebihannya, ia menggabungkan antara riwâyah dan dirâyah, menafsirkan al-Quran dengan al-Quran, menafsirkan al-Quran dengan hadith-hadith masyhur dari kumpulan kitab-kitab sunnah, lengkap dengan sanadnya, kemudian memberikan komentar terhadap sanad itu dengan melakukan jarh atau ta’dil. Dengan demikian, tampaklah mana yang sahih, dhaif, gharib, atau syaz. Setelah itu, ia mencantumkan atsar (pendapat) para sahabat dan tabi’in.

[1] Lihat, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Qur’an, (Kuala Lumpur, 1997).
[2] Lihat, ‘Ali ash-Shabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (Cairo: Dar ash-Shabuni, 1999), hlm. 14.
Beliau merupakan merupakan peniliti kepada kitab Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir bagi Juz ‘Amma. Beliau juga Pengetua Ilmu Tafsir Fakullti Syari’ah dan Dirasat Islamiyah Universiti Malik Abdul ‘Aziz Makkah al-Mukarramah 



Srikandi Al-Azwar
nur_mylp@yahoo.com
Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...