Skip to main content

Bersabarlah Wahai Pendosa


Assaalamualaikum..

Bagaimana iman anda? Bagaimana dengan amalan kalian dalam persediaan untuk memasuki bulan suci tidak lama lagi? Harapnya tetap teguhlah melangkah walau terlalu banyak dugaan dan cabaran yang merintang perjalanan kalian. Bersabarlah menempuh semuanya…

Allah….

Tajuk kali ini, “Bersabarlah Wahai Pendosa”. Apa ada dengan tajuk kali ini?

Bingkisan ini khas untuk saya, kalian dan kita semua. Hakikatnya hari-hari perjalanan kita pastinya tidak akan terlepas dari ujian. Ujian apa yang paling hebat? Saya kira yang paling hebat adalah ujian hati!


Kenapa begitu telahan saya?  Ini bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah SAW:

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.[1]

Allah… tidakkah ini satu gambaran yang cukup jelas buat diri kita bahawa diri kita ini sudah pastinya tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan. Cuma, apa yang boleh menjadi perbezaannya adalah sama ada dosa itu kecil atau besar.

Mengakui  akan hal ini, pastinya rata-rata antara kita punya hati yang tulus insaf dan taubat atas segala kesalahan. Cumanya sekali lagi yang perbezaan adalah taubat kecil atau taubat besar. Bagaimanakah itu?

Ini adalah terma dan definisi yang saya sendiri kelaskan: 

Taubat kecil ini bolehlah dikatakan sebagai orang yang bertaubat namun hatinya tidak begitu bersungguh-sungguh menginsafi kesalahannya. Kecenderungan hatinya masih berada di pertengahan. Tidak sukakan kemaksiatan, namun dalam masa yang sama sukar melawan kehendak hatinya sendiri dari menjauhi kejahatan.

Bagaimana pula taubat besar?

Taubat besar adalah yang saya maksudkan sebagai orang yang bertaubat dengan sepenuh hatinya. Betul-betul insaf. Hatinya penuh kecenderungan untuk terus berada di atas jalan kebaikan. Tidak sukakan kemaksiatan dan dalam masa yang sama punya hati yang utuh melawan kehendak hatinya dari melakukan sebarang bentuk kejahatan. Inilah dinamakan taubat nasuha..

Sekarang, tanya iman anda. Kategori yang manakah anda berada? Taubat kecil atau taubat besar?

Bersabarlah wahai pendosa...


Dalam kategori manapun kita satu hakikat yang perlu kita akui adalah ianya tidak semudah yang kita sangka. Mujahadah untuk melawan segala godaan dunia yang mendatang itu terlalu kuat dan ianya pasti berbeza dalam setiap tingkatan iman. Semakin kuat ingin mendekati Allah, hakikatnya semakin kuat kita akan diuji-Nya. Sesuai dengan firman Allah:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?[2]

Oleh itu, bersabarlah wahai pendosa…


Tetaplah melangkah menuju Allah… jangan mudah kecewa dengan diri sendiri. Jangan pernah berkata negatif  “beginilah diriku” seolah-olah diri tidak punya potensi untuk menjadi insan yang benar-benar bertaqwa. Sedangkan Allah berfirman:

وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"[3]

Lihat, adanya harapan daripada Allah. Berdoalah dan berharaplah kepada-Nya untuk ditetapkan hati ini. Ya, memang sukar sebenarnya untuk kekalkan tingkatan iman dan taqwa. Kita manusia biasa ini, iman sentiasa berombak. Naik dan kadangkalanya turun. Justeru, berdoalah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah:

اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu”

          Berharaplah dan teruslah berharap kepada-Nya. Sesungguhnya tiada tempat lain dapat disandarkan hati kita ini melainkan hanya kepada-Nya. Moga Allah menetapkan hati kita di atas jalanNya. Moga Ramadhan kali ini menjadi satu medan terbaik untuk pertingkatkan dan kukuhkan keimanan kita. Amin…


Srikandi Al-Azwar,
7 Rejab 1437H,
Baiti Jannati
nur_mylp@yahoo.com/ nadiahmahzir@gmail.com



[1] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499 (Kitab Sifat Kiamat……). al-Hakim mensahihkannya sebagaimana di dalam kitabnya al-Mustadrak ‘ala Shahihin  – hadis no: 7617, namun berkata al-Zahabi: “(Di dalam isnadnya terdapat) ‘Ali bin Mas‘adah dan beliau tidak mantap (dalam penyampaian hadisnya).” Selain itu hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Darimi di dalam Sunannya – hadis no: 2727 dan Ibn Majah di dalam Sunannya – hadis no: 4251.
[2] Surah Al-Ankabut: 2
[3] Surah Yusuf: 87

Comments

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.