Skip to main content

AL-IBTILA' (Bahagian 2)


Ibtila’ terhadap Nabi

Sudah kita sedia maklum bahawa para Nabi dan Rasul itu sangat hampir kedudukannya di sisi Allah. Ujian yang menimpa bukan calangnya untuk kita perkatakan. Mereka ini dikasihi Allah lalu kenapa mereka terpaksa melalui kesusahan dalam menjalankan misi dakwah mereka? Bukankah Allah sangat sangat sayangkan mereka? Sabda Rasulullah dalam sebuah hadisnya:

“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Bila Allah suka kepada suatu kaum maka mereka akan diuji. Jika mereka redha maka Allah redha dan bila dia marah maka Allah pun akan marah padanya.” (HR. Tirmidzi)


Jadi, antara bentuk ujian yang dihadapi para Nabi yang dirakamkan Allah dalam Al-Quran ialah perjalanan dakwah mereka. Firman Allah Ta’ala:

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
"Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus"[2]


Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Ka'bubnul Asyraf (tokoh Yahudi) datang ke Makkah, kaum Quraisy berkata kepadanya: "Tuan adalah pemimpin orang Madinah, bagaimana pendapat tuan tentang si pura-pura shabab yang diasingkan oleh kaumnya, yang mengangggap dirinya lebih mulia daripada kita padahal kita menyambut oramg-orang yang melaksanakan haji, pemberi minumnya serta penjaga Ka'bah?" Ka'ab berkata: "Kalian lebih mulia daripadanya." Maka turunlah ayat ini (QS 108:3) yang membantah ucapan mereka.[3]

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Nabi SAW diberi wahyu, kaum Quraisy berkata: "Terputus hubungan Muhammad dengan kita." Maka turunlah ayat ini (QS 108:3) sebagai bantahan atas ucapan mereka.[4]

            Melalui ayat dan maksud hadis di atas, cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW sangat berat apabila terpaksa melalui saat-saat dibuang oleh orang sekelilingnya. Hakikatnya, bukan mudah untuk menyampaikan dakwah kepada orang-orang di sekeliling yang membenci kita. Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".[5]

Selain itu, melalui satu kisah yang terkenal yakni peristiwa korban Nabi Ismail a.s juga Allah merakamkan kepada kita satu mesej yang sangat penting iaitu ujian. Allah ingin menguji sejauh mana keteguhan iman para kekasihnya. Ujian ini sangat berat kerana melibatkan nyawa.

Antara lain ayat al-Quran yang merujuk kepada ujian kepada para Nabi adalah seperti berikut.
Al-Baqarah: 87
Asy-Syu’ara: 14
Al-Baqarah: 91
Asy-Syu’ara: 27
Al-Baqarah: 217
Asy-Syu’ara: 111-117
Asy-Syu’ara: 141
Asy-Syu’ara: 153-160
At-Taubah: 40
An-Naml: 13
Ali-Imran: 184
An-Naml: 47
Sad: 34
Al-Qasas: 36
Yunus: 65
Al-Qasas: 48
Yunus: 71
Al-Ankabut: 24
Yunus: 76
Al-Ankabut: 29-30
Yunus: 78
Saba’: 34
Huud: 12
Saba’: 43
Huud: 27
Yasin: 14-18
Huud:32
Yasin: 30
Al-A’raf: 60-61
Huud:53-55
As-Saffat: 36
Huud: 62
As-Saffat: 97
Al-Isra’:47
Ghafir: 5
Al-Isra’:103
Az-Zukhruf: 30
Al-Kahf: 106
Asy-Syams: 14




Bersambung....
Baca Al-Ibtila' (Bahagian 1)


[2] Surah Al-Kauthar: 3
[3]Diriwayatkan oleh al-Bazazar dan yang lainnya dengan sanad shahih yang bersumber dari Ibnu Abbas.
                           
[4] Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab al-Mushannif dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari 'Ikrimah
[5] Surah As-Saffat: 102

Comments

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.