Wednesday, November 13, 2013

Episod kesakitan. Merasa sakit itu nikmat.





Bercakap tentang sakit itu sebuah kenikmatan, memutarkan minda saya kepada beberapa minggu yang telah berlalu. Allah beri sakit. Entah kenapa bila ingat kembali terasa sedih dan sebak. Tetapi tetap ingin saya kongsikan di sini.. Moga menjadi sebuah sandaran ingatan bersama.

Allah… DIA memang Maha Mendengar kan…

Satu hari tu tekak ni terasa perit sangat. Susah suara nak keluar. Habis sahaja kelas berganti kelas lain pula untuk diajar. Ya, memikul tanggungjawab guru bukannnya mudah. Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun perlu komited dalam melaksanakan tugas. Tekak perit dan tak ada suara pun perlulah tetap mengajar anak-anak pelajar. Begitulah rutin seharian. Kena pula mengajar kelas-kelas ‘belakang’ dan dengan ramai pelajar lelaki haruslah suara ini bagaikan hilang dan terus menghilang.

Sakit tekak yang tak lega-lega kemudiannya disusuli dengan batuk-batuk pula…
Kemudiannya diikuti dengan selsema pula…



Allah…hampir 2 minggu sakit memang rasa tak tahan. Dengar pula sahabat-sahabat yang cakap ada saudara mereka yang dijangkiti kuman pada paru-paru teruslah pergi check doktor. Alhamdulillah takda apa-apa…

Dengan izin Allah diri ini semakin pulih kemudiannya. Hampir sahaja lega sikit kotak suara ni, sakit ‘migrain’ pula menyerang. Allah…

Kemudiannya sampailah masanya untuk turun ke PRK Sungai Limau. Alhamdulillah sihat wal’afiat sahaja sepanjang tempoh turun ke medan perang itu. Namun still lagi kesan batuk-batuk belum sembuh sepenuhnya. ‘Ala kulli hal Alhamdulillah…

Tetapi, selesai sahaja pilihanraya pada jam 5 petang Isnin yang bersejarah itu,. kepala ni terasa sakit dan sedikit bengkak di tengah-tengah kepala. Sakit mula menyerang. Mula-mula ingat migraine menyerang. Tetapi tak terasa sakit pun kepala. Cuma rasa berat kepala sahaja. Balik sahaja ke rumah badan ni dah mula terasa panas bahagian dalam badan. Luar sejuk. Demam mula terasa. 

Esoknya cepat-cepat pergi ke klinik coz tak nak lagi sakit lama-lama macam batuk tempoh hari. Pergi check doktor taklah panas sangat badan. Balik sahaja dari klinik terus sahaja suhu badan mula menaik. Allah…memang dah lama tak rasa sakit macam tu. Panas sangat badan. Alhamdulillah mak tuamkan kepala dan Alhamdulillah panas turun sedikit.

Mak cakap tak payah balik la dulu. Balik esok ke, lusa ke Jumaat ke…

Emm…terus dalam kepala masa tu tak lain fikir pasal persiapan Ihtifal dan program hujung minggu yang menanti... yang tu sahaja dalam kepala. Sakit yang terasa macam mana pun perlu letak ke tepi. Terlalu banyak amanah menanti! Lalu bangunlah juga. Dalam keadaan sangat tak larat balik ke KL. 

Sampai sahaja di KL Subuh terus baringkan badan. Tak mampu pun nak ke sekolah hari tu. Petang sikit baru rasa segar sikit badan. Malam tu sepatutnya kena hadir ke meting akhir program. Tetapi memandangkan badan still tak berapa sihat jadi meeting pun tak pergi… moga Allah ampunkan… rasa sedih sangat dengan diri sendiri. Rasa berdosa sebab tak kuat semangat nak lawan rasa sakit. Berbekalkan semangat yang Allah tiupkan dalam diri esoknya Alhamdulillah dapat ke sekolah. Allah… tapi still tak berapa sihat. Sebelah petang saja mula rasa semakin merosot kekuatan diri.

Malam tu ada kelas mengaji. Mula-mula rasa kuat, tapi dok fikir pasal program esoknya dan dengan master plan program yang tak siap lagi jadinya minta excuse dengan pelajar untuk cancel class. Alhamdulillah ada adik timbalan yang sangat komited memberi bantuan untuk siapkan pembetulan master plan…



Bila malam semakin memekat kesihatan turut semakin merosot. Still tak lalu makan sejak beberapa hari. Makanan housemate belikan pun asyik tak berusik. Tak mampu nak telan pun. Sakit hanya Allah sahaja yang tahu… tidur dalam keadaan sakit maka bangun pun dalam keadaan yang sama. Pagi Jumaat tu sepatutnya hadir ke raptai penuh Ihtifal anak-anak pelajar. Tetapi kesihatan memang tak mengizinkan. Bangun sahaja sekejap kemudian collapse semula. Memang tak larat. Nak makan ubat pun tak larat. Dalam kepala asyik fikir pasal program yang akan start petang tu. Dan sepatutnya bertolak dengan kakak seprogram tengah hari tu. Entah dapat pergi ke tak ni. Badan ni….still sangat tak larat nak bangun. Hampir sahaja jam 12 tengah hari. Fikir takleh jadi ni. Kena paksa juga diri untuk bangun! Demi sebuah amanah! Demi sahabat-sahabat!




Air 100 PLUS yang memang dah lama beli sejak Selasa tapi tak minum-minum terus diambil dan diteguk. Sedikit demi sedikit. Paksa juga walaupun macam-macam rasa di tekak tu. Alhamdulillah betullah pesan kakak-kakak tu minumlah 100 PLUS tu. Supaya regain tenaga semula. Tapi kan….diri ni yang degil. Alhamdulillah lepas minum tu rasa lebih segar. Baru dapat bangun dan kemas-kemas barang untuk ke program. Alhamdulillah bertolak dan sampai ke program di Melaka dengan baik. Namun, sekejap sahaja. Menjelang malam  badan mula merosot kembali. Jadinya masuk sahaja slot ceramah kedua tak dapat tahan lagi. Terus baringkan diri di belakang surau. Tidur lambat dalam program tu biasa la…

Hari Sabtu. Bila kulit ni kena panas sahaja nampak ruam-ruam merah. Berbintik-bintik. Ya Allah…apa pula ni, demam baru nak kebah muncul benda lain pula… Rasa risau. Tetapi Allah kan ada… takpe cool saja la… 



Petang tu, bila di pantai kulit terasa jadi semakin kesat, memerah dan sedikit membengkak. Gatal-gatal terasa di kulit tangan dan kaki. Allah…gatal pula…sabar saja la…mulai saat itu gatal-gatal terasa sampailah hari Ahad. Sehinggalah sampai di KL pun tak hilang lagi gatal-gatal. Dah sehari lebih jadinya. Sampai sahaja di KL terus baringkan diri. Gatal-gatal yang terasa betul-betul mengganggu. Rasa macam nak potong tangan ja…huhu… Tidur dalam keadaan sedih.
Namun benarlah, Allah itu terlalu rindukan rintihan hamba-NYA sebab itu DIA turunkan rasa gundah dan resah di hati hamba-NYA. Kesusahan dan kesakitan yang dihantar adalah untuk kita hampir dengan-NYA. Sentiasa merintih dengan-NYA. Supaya dapat menghapus juga dosa-dosa yang lalu insyaAllah…

Bangun sahaja pagi tu, Alhamdulillah dengan izin-NYA kesakitan yang dirasa selama beberapa ketika hilang begitu sahaja. Tiada lagi gatal-gatal, tiada lagi demam, tiada lagi batuk-batuk. Hilang semuanya setelah hampir sebulan sakit-sakit... Alhamdulillah pergi buat pemeriksaan darah pagi tu pun menunjukkan takda apa-apa. Everything normal. Alhamdulillah… benar-benar pertolongan Allah….
   


Nikmatnya Sakit.

Nikmat. Ianya tentang apa yang kita fikirkan. Jika kekayaan itu dirasakan nikmat maka ianya terasa manis sekali. Jika miskin dan susah itu tetap dirasakan satu nikmat maka ianya tetap sebuah kemanisan. 

Maka begitu juga dengan nikmat KESIHATAN. Sakit itu boleh jadi nikmat jika yang merasakan sakit itu meletakkan sakitnya itu sebagai satu jalan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Azab kesakitan yang dirasa terasa bagaikan angin lalu bilamana rasa dipeluk rahmat dan kasih-NYA. Moga Allah hadiahkan hati yang lapang tatkala sakit...amin.



Baitul Ummah
nur_mylp@yahoo.com
13 November '13

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...