Tuesday, February 19, 2013

Muslim Style vs Gangnam Style







Assalamu'alaikum. Salam kebangkitan ruh Islam.

Rasanya tidak perlu saya terjemahkan kepada Bahasa Melayu keseluruhan lagu Oppa Gangnam Style ini. Sepertinya tidak tersanggup hendak teruskan menaip dengan maksud-maksud yang tidak elok dari liriknya itu. Namun, di sini saya rasa sangat-sangat terpanggil untuk berkongsi kepada semua sebahagian lirik tersebut. Amat menarik dan wajib kita sampaikan kepada rakan-rakan kita yang lain. 


Oh anak gadis, tidak sedihkah dirimu?

gadis yang sopan tp aktif bila masa yg perlu,
gadis yg membuka aurat pada masa yg perlu,
gadis yg menutup aurat lebih molek dpd gadis yg xtutup aurat,
gadis yg lebih kurang mcm tu

 

Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja
A girl who looks quiet but who gets down when she gets down
A girl who lets her hair loose when she feels it's the right time
A girl who keeps covered but is sexier than girls who expose it all
A sensual girl like that

Ini sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. Apa itu masa sesuai di mana mereka akan loose/melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat kemas sopan), akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba? maka rujuklah rangkap yang awal:

Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja
A girl who is warm and human by day
A classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
A girl whose heart heats up by night
A girl with that kind of twist

Inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya di atas, di mana dalam perenggan pertama ini memperkenalkan perempuan yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit), tapi bila tibanya waktu malam terus twist jadi liar! 


Adoi, julingnya mataku.....Oh yea, sexy lady!!!

Mari berparti liar dan bergoyang-goyang! 



"Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
We just wanna see ya shake that
Everyday I'm shufflin
'Shufflin', shufflin'"

Parti rock dalam rumah malam ni,
Semua orang boleh merasa seronok,
Dan kami akan buatkan kamu hilang akal,
Kami hanya mahu lihat kamu goyang itu,
Setiap hari saya "shufflin, shufflin, shufflin"


Jika diteliti dengan baik, sebenarnya apa yang motif utama lagu ini yang paling menonjol?
Tarian bukan? Seluruh dunia asyik sekali dengan lenggok ciptaan PSY ini. Kalah goyang Inul kan?!

Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.


PSY sendiri sebenarnya cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita itu dengan tarian kudanya yang semua orang bermaksud "menunggang perempuan". Malah, dalam satu aksi video klip tu jelas-jelas dipertontonkan aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari, dengan ditonjolkan lagi zoom in punggung perempuan, dengan ditunjuk lagi aksi perempuan "menari tiang" dalam tren, semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam!

Tambahan lagi, PSY bersungguh menari untuk tonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah sorang lelaki menari "getar pinggang" dalam lif. Ini sangat jelas disepakati merupakan aksi simbol lucah seks! 



Nampak gaya macam senaman. Tetapi berbaloikah pada diri kita utk tiru??



Konklusi. Berbahagiakah kamu dengan caramu?
 
Cukuplah jika saya katakan bahawa mesej yang cuba dibawa oleh PSY bukanlah baik untuk kita semua terutama jika kita mengaku sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, jika seruan untuk berparti, berdansa, berjoget dan juga merambu ramba adakah itu baik untuk kita? 

Mungkin ada juga yang berpandangan "tidak mengapa, sekali sekala kan....". Bahkan, bukankah pemimpin/ketua kita yang 'sangat baik' orangnya itu sendiri sukakan tarian dan style ini? Kita patut mengikut pemimpin kita bukan?  




Emm....tetapi bagaimana pula dengan pandangan Allah dan Rasulullah pada kita? 
Bukankah firman Allah dalam surah Al-Baqarah:


Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula. padahal kamu semua mengetahuinya.
 (surah al-baqarah ayat 42)


Telah menceritakan kepada kami Hassaan bin ‘Athiyyah, dari Abul-Muniib Al-Jurasyiy, dari Ibnu ‘Umar, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
بُعِثْتُ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ بِالسَّيْفِ حَتَّى يُعْبَدَ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَجُعِلَ رِزْقِي تَحْتَ ظِلِّ رُمْحِي، وَجُعِلَ الذِّلَّةُ وَالصَّغَارُ عَلَى مَنْ خَالَفَ أَمْرِي، وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ"
“Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat hingga hanya Allah semata lah yang disembah, tidak ada sekutu bagi-Nya; dijadikan rizkiku di bawah bayangan tombakku; dan dijadikan kehinaan dan kerendahan bagi siapa saja yang menyelisihi perkaraku. Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.
[sanad hadis Sahih]


Jadi, adakah kamu masih ingin menjadi sebahagian manusia yang mencampur adukkan semua perkara ke dalam hidup kamu? 
Sekejap berlaku baik dan sopan kemudian bertukar menjadi seperti makhluk yang tidak berakal?  
Layakkah kita katakan diri kita ini berakal jika sekiranya kita lebih mengikut hawa nafsu demi melunaskan kehendak hati. Sedangkan tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah"!


Pokemon bukan binatang. Kamu?

Jika kita mengaku sebagai hamba Allah maka sepatutnya tatacara hidup sebagai Muslim perlu dijaga sebaiknya. Jangan kita sewenang-wenangnya berhibur sehingga lupa status diri. Tidak mengapa jika tidak tahu atas tindakan kita. Tetapi, jika sudah tahu maka wajib ke atas kita untuk mempertimbangkan sebaiknya baik buruk tindakan kita itu.

Selamat bermujahadah. 




Srikandi Al-Azwar,
Bayt Mu'allimah Sri Al-Ummah, 
8 Rabi'ulAkhir 1434H/ 19 Feb '13






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...