Skip to main content

Filem Syahadat Cinta best!




Filem ini merupakan sebuah adaptasi dari novel Trilogi Islami "Ma'rifat Cinta" iaitu Syahadat cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta karya Taufiqurrahman Al-Azizy. Filem arahan sutradara Indonesia, Gunawan Paggaru, ini sebenarnya sudah lama berada di layar perak iaitu sekitar Ogos 2008.

Apabila drama bersiri mengenai novel ini turut release di Malaysia di TV Al-Hijrah saya merasakan teruja untuk berkongsi mengenai novel dan filem ini. Mana tidaknya, sebagai peminat hiburan berunsur Islami ini, saya merasakan ianya satu perkembangan yang baik dalam industri hiburan tanah air. Justeru itu, rasanya tidak salah jika kita cuba hayati juga filemnya ini. Apatah lagi filem ini jalan ceritanya tidak banyak bezanya dengan jalan cerita di novel tersebut. Moga drama Syahadat Cinta juga tidak mengecewakan hati penonton! ^_^  


Barisan pelakon yang membintangi filem:

(Artis Indonesia)


Movie Trailer:


Sinopsis Filem Syahadat Cinta

Ianya berkisah tentang Iqbal (Arief Rahman) yang mendapat penyesalan kerana telah memperlakukan ibunya, Ibu Dewi (Minati Atmanagara), hingga menderita koma. Penyesalan tersebut membuatkannya terjun ke dunia pesantren pimpinan Kyai Shidiq (H Muchtar Sum). Di sanalah dia berusaha mencari serta mengenal Tuhan sekaligus ingin menewaskan masa lalunya yang penuh kelam.

Ternyata perjalanan pencariannya itu tidak mudah. Perilaku metropolis membuat dirinya tidak sabar dengan aturan serta tata cara perilaku seorang pesantren. Iqbal akhirnya mengalami friksi dengan pelbagai orang, di antaranya adalah Aisyah (Imel) yang tidak lain adalah cucu dari sang Kyai.

Dirinya kemudian terusir dari lingkungan pesantren, dan dia terdampar di Solo. Namun di kota inilah dia bertemu dengan Ibu Jamilah (Donna Harun) yang miskin tapi  sangat solehah orangnya. Di tempat ini jugalah dia menemukan keagungan Islam, dan bertekad untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Tetapi di saat dia mulai menemukan Tuhan, dirinya ditaqdirkan tersangkut dengan permasalahan teroris yang telah dibuat tuduhan ke atas dirinya. Namun, hasil penyaksian beberapa orang yang mengenali dirinya, akhirnya dia bebas, kemudian dia pun dijemput kembali masuk pesantren.

Filem Syahadat Cinta (full):


##Cuba baca pula bingkisan mengenai Drama Syahadat Cinta yang diterbitkan team produksi Malaysia. Tentunya ada kelainan (dengan sedikit olahan) dengan penampilan barisan pelakon terkenal Malaysia.
 
##Bagi mengetahui secara dekat cerita ini ada baiknya kita baca novelnya sendiri. klik untuk baca sinopsis novelnya. Selamat membaca! ^_^

Comments

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.