Skip to main content

Aku Tahu Siapa Aku



Assalamu’alaikum warahmatullah..

Bukan sebuah cerita kali ini. Bukan juga sebuah petikan daripada lagu. Tetapi satu pernyataan dan kenyataan.

Ya, sebuah pernyataan daripada saya sendiri. Sedikit kelainan entri kali ini. Kerana ia lebih berbentuk coretan hati. Sebuah puisi hati.

Insya-Allah moga sahabat-sahabat sudi membaca sehingga ke akhir tinta kali ini. Moga kita dapat bermuhasabah diri bersama.


Sebuah Puisi:

"Aku Tahu Siapa Aku"


Diri disingkap Hati dibelah

Hari meniti hari. Bulan berganti bulan. Tahun menginjak tahun. Usia diri pastinya semakin bertambah. Usia hidup juga pastinya semakin memendek. Hakikat makhluk itu pasti terbatas hayatnya. Justeru semakin memendek usia bermakna semakin dekat kita dengan Sang Pencipta.

Menyingkap tabir diri. Menjengah kamar hati. Kurasakan aku kenal benar akan diriku. Ya, aku memang kenal benar diriku sendiri. Siapa lagi yang lebih mengenali diriku jika bukan aku sendiri? Aku tahu siapa aku. 
 

Sudah lama aku bertubuhkan diriku. Sudah lama aku berwajahkan diriku. Setiap inci lubang dan lopak halus yang ada di wajah ini aku tahu di mana ia berada. Ya, semestinya aku kenal benar bagaimana rupaku. Aku kenal diriku.

Sudah lama aku hidup bersama tubuh ini. Ya, aku kenal benar akan bau diriku. Tiada siapa yang lebih tahu akan cacat cela diriku melainkan diriku sendiri. Ya, aku pasti! Aku kenal benar akan diriku.


Hakikat seorang hamba

Jaganya aku dari lena. Lantas yang terlintas di benakku “Alhamdulillah…” 

Aku bersyukur kerana masih dapat merasai nikmatnya hidup. Benar! Tiada lain lagi yang kufikirkan melainkan soal hakikat diriku. Aku seorang hamba. Hamba kepada Sang Pencipta.

Sekian lama kuhidup di atas muka bumi Tuhan. Aku tahu batas diriku. Aku punya garis panduan untuk hidup. Aku hidup bersyari’at. Benar, segala syariat dari Tuhanku pastinya aku patuh. Ya, aku tidak lalai sebagai hamba-NYA.

Hari-hari yang kulalui ada macam-macam cerita. Sekejap hujan sekejap mendung sekejap pula panas. Aku sudah biasa. Aku sudah lali. Aku tahu semua itu ujian dan warna-warni kehidupan. Ya, aku sudah cukup kebal dengan semuanya. Aku seorang yang tabah. Aku tahu siapa diriku.


Tirai iman disingkap...

Aku kenal siapa aku. Segala yang bermain-main di fikiranku aku mengerti benar. Aku tahu apa yang aku rasa. Aku tahu apa yang aku fikir. Aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu segala-galanya tentang aku. Siapa lagi yang lebih tahu tentang diriku. Pastinya aku yang paling arif. Kerana aku pemilik tubuhku. 

Orang kata hati ini raja. Ya, aku rasakan itu benar juga. Jika bukan apa yang terlintas di hati kecil ini apa lagi yang aku pandukan. Segala yang baik dan segala yang buruk itu aku timbang guna akalku. Lalu aku putuskan di hati ini. Aku tahu itulah yang terbaik buatku.

Tapi…benarkah begitu?

Adakah yang terbaik itu datangnya dari suara hatiku?

Bukankah firman Allah:

{………. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.}
[Al-Baqarah: 216]

Aku tersentak. Benar-benar tersentak. Lalu iman mula menguasai diri. Mengetuk tangkai hati. Sesungguhnya begitulah fitrahnya manusia biasa sepertiku. Seringkali terlupa dengan hakikat sebenar seorang hamba. Hamba kepada Allah. Tidak semua perkara sewenang-wenangnya aku mendabik dada mengatakan bahawa aku tahu apa yang terbaik buat diriku. Dia yang Maha Mengetahui. Dan pastinya lebih daripada segala-galanya mengetahui... 


Serahkanlah seluruh jiwa dan ragamu hanya kepada DIA Rabbul ‘Izzati. Pasti akan beroleh yang terbaik dari-NYA….

Usaha, doa & tawakkal



Srikandi Al-Azwar
Baiti Jannati
4 Rabi’ulAkhir 1434H/15 Februari 2013

Comments

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.