Skip to main content

Nafsu, Jangan Sampai Tidak Kenyang!








Assalamu’alaikum.
Salam menempuh penghujung Tahun 2012.
Salam bukaan lembaran baru 2013!

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

Dapat lagi tika ini, detik ini kita merasa segarnya nikmat Iman juga kesihatan yang baik.
2 perkara inilah antara elemen yang sangat penting untuk kita syukuri dalam kehidupan yang fana di dunia ini. Tanpa iman dan kesihatan yang baik percayalah kita tidak akan mampu menjalankan kehidupan perhambaan kita kepada-Nya dengan sebaiknya. Justeru, bersyukurlah!

Pejam celik pejam celik cepatnya rasa masa berlalu. Serasa  terlalu lama jari-jemari ini tidak menari-nari di atas papan kekunci. Seringkali perhambatan waktu dan tuntutan tanggungjawab menjadi alasan. Benarkah?


Persoalan inilah yang kerapkali menjadi igauan dalam fikiran. Benarkah tuntutan di sekeliling kita sering membuatkan kita seolah-olah tidak menang tangan? Emm…mari sama-sama pejam mata sekejap.

Imbas sebentar apa yang telah kita lakukan sejam yang lalu…
12 jam yang lalu…
Sehari yang lalu…
Seminggu yang lalu…
Sebulan yang lalu…
Setahun yang lalu…

Benarkah tidak punya walau sedetik waktu yang berlalu tanpa lagho (perkara lalai)?
Benarkah semuanya terisi dengan sesuatu yang bermanfaat?

Dan yang paling penting, benarkah seluruh waktu yang Allah kurniakan kepada kita ini telah dikembalikan kepada-Nya dengan sepenuh tanda perhambaan?


Nafsu jangan sampai tidak kenyang

Teringat akan kata-kata berkaitan nafsu ini oleh Almarhum Prof. Dr. Hamka dalam sebuah ceramahnya 35 tahun dahulu. Jika direnungkan besar makna di sebaliknya.

Nafsu bukan sahaja merujuk kepada makan tetapi merangkumi keseluruhan tabi’at manusia. Jika baik tabi’at kita maka nafsu yang lahir juga insyaAllah baik. Tetapi jika buruk tabi’at kita maka buruklah juga nafsu kita.

Pengertian nafsu:

1) Nafsu adalah satu perlakuan naluri manusia yang mendorongkan perlakuan yang dikuasai oleh iblis la’natullah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syari’at dan hakikat Allah swt. Ianya terbit daripada kekotoran hati manusia dengan Allah swt.

2) Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan qalbun manusia dalam arah tuju kepada martabat kesucian seseorang itu pada hakikat dan makrifat dengan Allah swt. Ianya boleh ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal akan Tuhannya.


Martabat nafsu:

Adapun Martabat (tingkatan) Nafsu pada diri manusia itu adalah terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran:

Nafsu AMMARAH
Nafsu LAWWAMAH
Nafsu MULHAIMAH
Nafsu MUTHMAINNAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )

Hakikatnya, memang sukar untuk membersihkan jiwa sepenjang masa. Namun, perlu bagi kita untuk mendidik diri yakni nafsu kita agar sentiasa terdorong ke arah kebaikan. Didiklah ia menjadi nafsu yang diredhai Allah. Ya bukan mudah, tetapi berusahalah!

Jangan kita langsung tidak pedulikan apa pun yang terjadi kepada nafsu kita sehingga ianya parah. Parahnya diri kita apabila dikuasai oleh nafsu ammarah. Tika ammarah yang menguasai kita dikhuatiri kita tidak lagi menemukan jalan pulang kepada kekasih abadi kita Allah s.w.t…

Walau perit walau payah tetap perlu kita teruskan mentarbiah diri kita supaya yang merajai diri kita ini merupakan nafsu yang baik-baik sahaja yakni nafsu lawwamah dan seterusnya ke arah tingkatan nafsu yang lebih baik…


Konklusi, yang terbaik buat kita!

“Wahai orang yang bernafsu Mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dengan perasaan lapng dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah dirimu di dalam syurga.”
(Surah Al-Fajr – ayat 27-30)

Sebaiknya bagi kita orang awam ini tetap teguhlah agar menemukan nafsu al-Muthmainnah. Moga kita tetap tenang setenangnya sehingga ke negeri yang abadi..

Wallahu a’lam.
Salam mujahadah.

Comments

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.