Saturday, November 24, 2012

Di Mana Tanda Setiamu?

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohhooooo..

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir


Assalamu’alaikum. SALAM JIHAD PALESTIN ana sampaikan buat semua saudara seIslam yang ana kasihi kerana Allah.. Lama betul rasanya menyepi dari mencoretkan sesuatu di kanvas blog ini. Dan lagu di atas, tau lagu apa? Haa..lagu HANYA TAKDIR nyanyian kumpulan nasyid InTeam yang didekasikan khas buat saudara-saudara kita di bumi Allah Palestin.

 


Setakat ini sekurang-kurangnya 120 terbunuh dan hampir 900 orang tercedera melalui lebih 1643 serangan roket yang dilancarkan oleh tentera darat dan laut. bukan itu sahaja, Manakala sekurang-kurangnya 822 rumah musnah akibat serangan ini. Serangan berterusan daripada rejim Zionis sejak awal Muharram itu bagaikan dipandang sepi oleh kuasa besar dunia. Hanya gesaan untuk gejatan senjata sahaja kedengaran. Sehinggakan Pemenang Tokoh Nobel Keamanan 1991 Aung San Suu Kyi pun hanya diam tidak melontarkan sebarang respon tentang isu ni. Emm… Tidak mengapalah, yang penting kita yang Muslim ini.


Alhamdulillah... dengan pengumuman genjatan senjata dari pihak Israel baru-baru ini ana fikir ianya sedikit kelegaan buat kita semua. Namun, ana pasti rata-rata umat Islam tidak akan pernah berpuas hati dan meredhai dengan segala tindakan kejam puak Yahudi terhadap umat Islam di Bumi Palestin khususnya. Segala penderitaan dan titis darah yang mengalir dari tubuh orang Islam yang tidak berdosa itu perlu dibayar harganya!




Di mana tanda setia saudara?

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (Al-Bukhari)

Wujudkah rasa sayang kita kepada seluruh umat Islam di serata ceruk dunia? Di Malaysia sahajakah? Di Palestin sahajakah? Bagaimana pula di Myanmar? Adakah kita betul-betul cakna dengan segala isu terkini tentang saudara Muslim kita? 


Kita acapkali membincangkan sesuatu berdasarkan apa yang hangat diperkatakan media arus perdana. Perlu kita ingat, isu penindasan terhadap orang Islam bukannya isu berMUSIM! Jika sekarang di seluruh rangkaian media baik elektronik juga media cetak, rata-rata mengkhabarkan isu terkini di Palestin. Tetapi, sekali-kali jangan pernah kita lupa akan saudara-saudara kita dari etnik Rohingya yang kebanyakannya adalah Muslim. Setiakah kita mengambil berat akan mereka yang masih tidak terbela. Mereka dari rumpun yang sama dengan kita. Mereka juga sudah lama ditindas! Sudah hampir 20 tahun terkapai-kapai tanpa pembelaan!


Sebagai seorang Muslim, sekurang-kurangnya perlu kita cambahkan benih kasih sayang terhadap sesama Muslim. Dengan wujudnya rasa kasih itu insyaAllah pasti akan wujudnya rasa belas sesama kita. Jika saudara kita gembira kita bersama rasa bahagia. Jika saudara  kita merasa sengsara, sakit dan terseksa kita turut merasainya! Seperti mana sabda baginda Rasulullah dalam sepotong hadis;

“Orang Islam ialah saudara orang Islam yang lain, janganlah dia menganiayai dan jangan pula dia membiarkannya dianiayai oleh pihak musuh. Sesiapa yang menolong saudaranya mencapai apa yang diperlukan, Allah pula akan menolongnya mencapai hajatnya. Dan sesiapa yang melegakan sesuatu kesusahan yang dihadapi oleh seseorang Muslim, nescaya Allah akan melegakan sesuatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan (yang ada) pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat” (Riwayat Muslim).

Peringatan yang amat jelas dan terang daripada hadis baginda Rasulullah. Tidaklah kita ini dikategorikan sebagai muslim dan mukmin yang sejati jika sekiranya tiada sekelumit rasa buat saudara seagama kita. Justeru itu sahabat-sahabat, tegakah kita hanya membiarkan saudara seIslam kita ditindas?


Hendak seribu daya jika tak hendak?

Pelbagai cara jika kita ingin menyatakan juga membuktikan kecintaan dan peduli kita kepada saudara seIslam kita. Antaranya;

Kewangan @ Harta

Tidak logik jika kita katakan kita tidak punya cara untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka di sana. Terlalu banyak agensi yang membuka ruang kepada kita dengan mewujudkan tabung bantuan.


Antaranya bantuan GAZA yang dilakukan oleh Muslim Care. Dua wakil Muslim Care dari Malaysia yang akan ke Gaza pada tanggal 27 November ini ialah bendaharinya, Zulkifli Wahijan dan exco, Ustaz Ridhuan Md Noor manakala seorang lagi wakil Muslim Care di United Kingdom, Alias. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun:

Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59
RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747.

Jadi rakan-rakan yang dikasihi, apa tunggu lagi? Tak kan kita nak tengok saja diorang ni pergi kan? Mudah sahaja nak transfer duit kan? Guna internet banking pun boleh…. ^_^



Terasa malu pula kepada Non-Muslim yang punya kesedaran untuk membantu sepertimana yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo. Siapakah dia? Takkan tak kenal kut….pemain bola sepak terkenal tu…~_~







Doa senjata orang Mukmin




Tetapi sahabat-sahabat, jika sekiranya kita tidak punya ongkos @ duit untuk disalurkan, there’s always other alternatives for us.

Dalam satu riwayat daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
Malah, dalam satu hadis yang lain, daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud :

“Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Naa sahabat-sahabat, tidak sukar ana fikir jika kita ingin menjadi Muslim sejati. Jika kita tidak punya harta dan daya ingin membantu saudara kita yang berada jauh dari kita, maka berdoalah dan terus berdoa. Jangan pernah kita berhenti menyalurkan semangat buat mereka.  Moga qudrat kita yang tidak seberapa ini mendapat redha dari Allah…Biiznillah. 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...