Skip to main content

Bekerjalah Hanya KeranaNYA



Salam Ramadhan Kareem.. Alhamdulillah saat ini kita masih dapat bernafas dan menghirup udara rahmat dari Allah Ta’ala. Hiruplah udara di sekeliling kita dengan penuh rasa hamdalah (kesyukuran). Tambah-tambah di bulan puasa ini jika kita buat sesuatu kerana Allah biarpun sekecil-kecil perkara pasti dihitung sebagai amal kebaikan dengan ganjaran yang lebih berganda! Ayuh kita sama-sama tarik nafas dan ucap “ALHAMDULILLAH”. Sebenarnya entry kali ini ditulis kerana begitu merindui untuk berkongsi dengan rakan-rakan maya. Lama benar saya tidak menulis. Bukan kerana tiada idea. Tetapi pelbagai kewajiban yang menuntut diri ini untuk tunaikan itulah yang membuatkan jejari ini tidak dapat menari di keyboard. Emm…serius rindu untuk berkongsi!

InsyaAlah sedikit perkongsian santai ya kali ni. ^_^


Seawal jam 7.50 pagi, rutin biasa di hari minggu mestilah masuk pejabat. Pejabat Jabatan Alam Sekitar Kedah. Ya, di sinilah saya ‘bertapa’ setelah lebih kurang tiga minggu. Bertugas sebagai pelajar Latihan Industri (LI) di sini alhamdulillah seronok.


Pengalaman yang menarik boleh saya katakan. Hari pertama masuk ke sini lagi pada 4 Julai yang lalu saya telah diletakkan di bawah unit EIA (Environmental Impact Assessment). Berada dalam unit ini pelbagai tugasan sudah ditempuh. Saya diingatkan awal-awal lagi oleh supervisor saya yang mana seorang pegawai JAS yang mengetuai unit ini untuk saya bekerja sebagai pegawai! Berada di bawah EIA mestilah bergelumang dengan laporan-laporan EIA. Belajar di university serius sangat berbeza di alam pekerjaan. Alam pekerjaan membuatkan kita ‘memaksa’ diri kita untuk lebih mendalami dan memahami tugas kita. Dahulunya di universiti santai sahaja membaca secara ringkas ‘surface’ satu-satu subjek. Kini, semuanya perlu dihadam. Walaupun perkara itu sebelum ini bukan termasuk dalam mana-mana subjek course kita.



Pelbagai ragam pekerja juga telah saya saksikan sepanjang di sini. Yang baik wajiblah kita contohi yang buruk wajib juga bagi kita untuk hindari. Maksudnya sekarang, apabila kita melangkah ke alam pekerjaan ini janganlah kita culas. Mesti rajin dan berusaha lebih. Tambah-tambah jika kita telah dibayar gaji. Perlu kita Tanya diri kita kembali setimpalkah gaji itu dengan usaha yang telah kita lakukan di tempat kerja kerana di situlah letaknya redha Allah.. halal dan haram wajib untuk kita jaga. Masuk dalam perut yang haram nantilah azab di akhirat kelak.. na’uzubillah..




Dari mana datangnya rezeki ya?

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
(Surah Saba’:ayat 24)


“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” 
Surah Thahaa : ayat 132

Bagi rakan-rakan pembaca tidak kiralah yang sudah bekerja atau belum marilah sama-sama kita tingkatkan prestasi kita semasa bekerja. Bekerjalah semata-mata kerana Allah. Bukan kerana duit. Jika duit yang dinampak di mata kita segeralah kita menghitung diri kita ‘dari manakah duit itu dating?’. Ya benar daripada manusia tetapi manusia hanyalah perantara. Allah yang sebenarnya melimpahkan rezeki buat kita. Maka kepadaNYA sahaja yang layak untuk dikembalikan segala puji-pujian dan kesyukuran.

“Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” 

(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Sesibuk mana pun kita usahakanlah untuk melalukan kewajiban kita sebagai hambaNYA. Ingat, rezeki kita di tanganNYA. Jangan sekali-kali malas nak bekerja. Bila mana kita bekerja kerana Allah bukan kerana bos kita jadi insyaAllah kita akan lebih bersungguh-sungguh dan tidak malas. Nak membaca report insyaAllah rajin. Nak membuat minit mesyuarat insyaAllah tangkas. Nak buat ringkasan laporan pun insyaAllah rajin. Semuanya insyaAllah rajin! ^_^

Makanya, rakan-rakan, sempena bulan yang mulia ini bulatkan tekad untuk mengubah  diri lebih baik. Hanya kerana Allah Ta’ala. Berazam betul-betul insyAllah pasti akan dibantu oleh Allah dengan pinjaman kekuatan iman & taqwa..amin.




Srikandi Al-Azwar,
4 Ramadhan 1433H.

Comments

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.