Tuesday, May 22, 2012

Titisan Embun calleryana -bab1-



Dbukk…!


Fail dan beberapa helai kertas bertaburan. Dua buah buku berjudul Rindu Bau Pohon Tin dan Sepahit Jadam juga terpelanting jauh.

“Opps, sorry ya sis. Sis ok juga?” terbongkok-bongkok gadis itu sambil menggerakkan tangannya mengutip kertas.

“Tak pe, tak pe... I’m ok…” Yusra menyimpulkan senyuman kepada gadis kecil di hadapannya. Lincah tangannya menggapai buku dan fail.

“Emm, pelajar baru ya di sini?” Yusra bangun dan memperkemaskan letak fail dan buku di tangan kiri. Melihat gadis di hadapannya mengangguk, dia menghulurkan tangan kanannya sambil berkata, “Kak Yusra”.

“Saya Fadziah”. Senyuman manis juga terukir di bibir gadis yang manis bertudung litup dan berbaju kurung itu.

“Adik kolej ni? Course?” 

“yup kolej ni, course matematik” 

“Oh ye… kak pun kolej ni...” senyuman manis sekali lagi dihulurkan kepada insan yang baru dikenalinya, Fadziah.

“Nah kak, emm..Program Modal Insan.. Apa tu kak?” 

Tersenyum Yusra mendengar Fadziah sempat menyebut satu per satu nama program yang tertera pada kertas kerja program itu sebelum menghulurkan kertas tersebut. Nampak berminat.

“Program tu anjuran Kelab Rakan Islami di sini. Khas untuk pelajar-pelajar baru macam adik la, jomlah dik join program ni..insyaAllah penuh dengan pengisian ilmu, insyaAllah tak rugi!” 

“Oh…iya..ada terperasan seorang kakak tu sebut-sebut di surau beberapa hari lepas, macam best je, bila tu kak?”

“Hujung minggu depan.., ok adik ambil form penyertaan ni. Kak bagi lebih sikit ni, boleh la adik ajak kawan-kawan yang lain ya.. Then nanti adik passing ja dengan mana-mana kakak KRI dekat surau, nak passing dengan akak pon boleh..ada no. fon akak kat bawah borang ni”
“Kak, KRI? Apa tu?”

“Maaf-maaf, hehe..stand for Kelab Rakan Islami, K..R..I..” 

Setelah beberapa minit berkenalan dan berbual mesra, mereka berpamitan. Ada tugas lain yang menanti. 


Sambil mengatur langkah menuju ke Masjid, Yusra tersenyum sendiri. Pertemuan yang menarik. Dia terseyum lagi.





Srikandi Al-Azwar 
Teratak Sakeenah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...