Skip to main content

Kembara Hati



Di dalam kembara ini, kekadang terdetik rasa kekosongan...
Dirasakan tempat berpaut seOlah-Olah semuanya telah tercantas...
Talian langit ke bumi bagai terpuTus...
Tiada tempat merayu tiada tempat mengadu…

Hati, kenapa kau resah?
Hati, kenapa kau gundah?
Hati, kenapa kau lelah?


Hati...Hati...Hati...

Besarkah hati?
Keraskah hati?
Egokah hati?

Satu demi satu das meluru menyusup ke dasar hati..
Membuatkan hati pecah…
Membuatkan hati bernanah…




Biar berderai hati itu….
Biar berdarah hati itu….
Asalkan dia mula lebur dari beku yang lama!
Asalkan dia mula jaga dari tidur yang lena!









Tika mana hati kecil bangun berbicara menghenyak kata EGO ‘hati besar’,
Tika mana hati kecil tumbuh menyegar dengan baja al-IMAN mencantas pohon duri TAKABBUR,
Tika mana hati kecil menggamit cahaya al-HIDAYAH meninggalkan jalan gelap TAGHUT,


Di saat itulaH HATI ini mula sedar bahawa ALLAH itu amat dekat…
DIA Rabbul ‘Izzati tidak pernah menjauh…
Tidak pernah menyisih…
Hanya kita selama ini alpa dan lupa untuk mengingatinya di setiap rentas waktu kurniaanNYA….






Srikandi Al-Azwar
09 RabiulAwwal 1433H/ 03 Februari 2012
nur_mylp@yahoo.com/ nadiahmahzir@gmail.com
Teratak Cinta Dar As-Sakeenah

Comments

  1. Assalamu'alaikum. terasa amat lama tidak mencoret tinta di teratak ini. Moga sahabat-sahabat dapat hayati bait-bait tinta sajak ini. Khas untuk semua! Jagalah hati dan IMAN anda (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.