Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Gula-gula Perjuangan

“Saya tak nak lagi terlibat dalam program ni, saya banyak kerja lain nak kena focus”
“Saya nak letak jawatan dalam organisasi ni, saya taknak akademik saya terganggu.”
“Entahlah, saya rasa keterlibatan saya dalam semua-semua ni tak memberi makna la, menjatuhkan lagi prestasi saya adalah..”
Sesungguhnya, alasan yang wujud atas muka bumi ini memang sangatlah banyak. Jika hendak disenaraikan memang tidak mungkin. Manakan tidak, alasan-alasan yang terungkap itu terlahir dari pemikiran yang berbeza-beza.
Apa yang membuatkan pemikiran kita berbeza? Bukankah kita dilahirkan dari medan tarbiyah yang sama? Bukankah bibir kita pernah melafazkan bait janji setia untuk berjuang di medan yang sama? Bukankah mata kita pernah menjadi saksi tangisan tika mula menjejakkan kaki dalam perjuangan? Bukankah kaki dan tubuh kita pernah meredah lautan ombak badai……?
Duhai sahabat… Ke mana pergi kesemua perkara itu? Adakah hanya dengan sedikit mehnah dalam berjuang engkau sudah tawar hati? Bukankah antara tanda-tanda…