Tuesday, August 2, 2011

Sibukkah?





Menginjak masuk bulan Ramadhan yang penuh barakah baru inilah kesempatan membuka blog.

Alhamdulillah rasanya masih belum bersawang kan..(^_^)

Sibukkah ana?

Bercakap soal busy ni, pernah seorang sahabat di matrikulasi dahulu berkata kepada ana:

“Nadiah ni selalu sibuk la”

Ana yang mendengar separuh hati mengaku.

Ya, mungkin sibuk. Dengan pelbagai taklifan (tanggungjawab) yang memberat di bahu ini masa yang ada bagaikan tidak terkejar. Tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej MARA Kulim sesi 2007/2008 satu cabaran hebat!


Ana hanya membalas statementnya:

Tiada istilah sibuk dalam hidup kita..”

Sahabat ana yang mendengar itu kelihatan teruja mendengar jawapan ana.

“Iya ke nadiah, macam mana tu? Nampak nadiah ke sana ke mari bukan sibuk ke tu”

Ana tersenyum mendengar keraguan yang terluah dari bibirnya.

“Sebenarnya, sibuk dengan perkara duniawi ana tidak mahu katakannya sibuk. Taklifan kita dan sebagainya itu bergantung kepada cara pengurusan kita. Jika pandai kita uruskan kita tidak akan sibuk tak bertempat.”

“Jika sibuk dengan perkara ukhrawi (berkaitan akhirat) ya ana iktiraf itu.” Kata ana tegas.


Ya sahabat-sahabat, sudahkah antum merasa sibuknya beramal ibadat dalam bulan yang mulia ini?

Sesungguhnya tersangat banyak amalan soleh untuk dilakukan! Ditambah pula dengan janji-janji Allah yang hanya KHAS pada bulan Ramadhan semestinya trafik masa kita sesak!



Solat tarawih.

Lailatul Qadr.

Syurga ar-Rayyan.

Pasti semua itu tidak bisa membuatkan kita duduk termenung!

Ayuh sahabat-sahabat, 

Tingkatkan amal. Tingkatkan taqwa hati. 

Moga kita tergolong hamba-hamba Allah yang Berjaya beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat!





Srikandi Al-Azwar
Erti Hidup Pada Redho Ilahi
2 Ramadhan 1432H/ 2 Ogos 2011
Teratak Cinta Baiti Jannati


Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)



2 comments:

  1. Assalam.. insyaAllah.. sedang cuba utk menyibukkan diri dengan amal ibadah :)

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Nadiah,

    Rasa sedih seba tak dapat buat semu tu utk ramadhan kali ni..sebab kerja. Doakan sy dpt kerja lain yang membolehkan sy merebut peluang membuat banyak amal di bulan ramadhan ni.. =(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...