Thursday, August 11, 2011

Rusuhan di London, risaukah?




Assalamualaikum.

Semua pasti maklum akan pergolakan yang melanda negara perintis demokrasi tersebut. Rentetan daripada demonstrasi aman beberapa hari lalu bertambah teruk dengan penularan rusuhan golongan remaja di sana. 


Rusuhan itu dilaporkan semakin merabak ke tempat yang lain di sekitar Britain. Terbaru, tiga remaja Islam di sana meninggal dunia akibat dirempuh dengan sengaja oleh sebuah kereta. 



Apa yang agak membimbangkan adalah warga Malaysia d sana. Terutama pelajar-pelajar Malaysia. Saudara Asyraf Haziq pelajar jurusan perakaunan di sana telah dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan pada rahangnya. Ditambah pula barang-barangnya juga dicuri. Lihat video di bawah ini.




A big Question



Sebelum ini pergolakan di Mesir telah berlaku, Alhamdulillah semua pelajar Malaysia di bumi Anbiya’ itu tidak ada langsung yang tercedera. Namun, telah menjadi sedikit kekecohan supaya pelajar-pelajar di sana semuanya dibawa pulang ke Malaysia sehingglah keadaan reda. Semua pihak nampak menggelupur dengan situasi tersebut. 

Menjadi sedikit kemusykilan, setelah apa yang berlaku kepada pelajar Malaysia di kota London tersebut, masih belum ad aura-ura yang ditimbulkan oleh ibu bapa untuk membawa balik anak-anak mereka. 



Persoalannya, mungkinkah ibu bapa pelajar di Britain sana lebih percaya dengan keadaan keselamatan anak-anak mereka berbanding ibu bapa pelajar di Mesir? Kerajaan pula bagaimana?



Srikandi Al-Azwar
11 Ramadhan 1432H/11 Ogos 2011
nur_mylp@yahoo.com/nadiahmahzir@gmail.com
Teratak Cinta Baiti Jannati

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...