Sunday, August 7, 2011

Lenturlah hatimu..




Assalamulaikum.

Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah... kerana memberikanku peluang untuk Ihya’ Ramadhan @ Menghidupkan Ramadhan lagi pada hari ini...

Subhanallah Maha Suci Allah... Segala nikmat aku syukuri ya Allah. Tidak termampu untukku nilai dan ukur betapa banyaknya nikmat kurniaan-Mu... Segalanya terasa nikmat jika dipandang dari kaca mata iman... (klik sini)

Menginjak masuk madrasah Ramadhan ini, pelbagai ragam dan iktibar dapat diambil.

Si kecil baru belajar puasa.

Si muda berlumba-lumba menambah amal.

Si tua tidak jemu-jemu beribadat.

Semua pencinta Ilahi ini semuanya berpaksikan Yang Satu bertunjangkan Redho Ilahi..
Mereka semua tidak pernah kenal erti jemu. Tidak pernah kenal erti lelah. Tidak pernah kenal erti penat. Walaupun…mereka bukanlah yang perfect dalam beramal. Masing-masing sentiasa belajar dari madrasah tarbiyyah Ilahi…demi mengutip secebis  hidayah..demi menggenggam rapuhnya iman..demi menambat liarnya taqwa!


Lenturkanlah hatimu wahai saudaraku…

Dalam kekalutan beramal...  
Dalam sesaknya jadual ibadat di bulan yang mulia ini..

Masih ada insan yang keras...

Masih ada individu yang sombong...

Masih ada manusia yang bongkak!



Insan itu keras hatinya… terasa payah untuk dilembutkan… bagaikan karat tebal sudah menyaluti keping besi hati itu… permukaannya kehitaman..terasa kasar bila disentuhnya..menggerutu.. hitamnya dengan palitan dosa..bertambah kasar dengan tambahan ma’siat..semakin menggerutu dengan coretan mungkar..tidak pernah rasa mahu dikikis..rasa cukup bahagia memiliki semua itu..



Individu itu sombong orangnya..tidak mahu menyapa dengan iman yang manis itu..tidak mahu memandang kebesaran Tuhan di sekelilingnya..tidak mahu mendengar alunan merdu ayat-ayat cinta Rabbnya..tidak mahu bertemankan cahaya hadiah dari Penciptanya…dia rela berada dalam kegelapan ciptaannya..dia sanggup berselimutkan az-Zunub…


Manusia itu bongkak orangnya...dia merasakan dirinya hebat..apa yang dikecapinya semuanya atas usahanya..tiada bantuan dari orang lain..buat apa lagi menadahkan tangan..dirasakan tidak ada gunanya bersujud segala..kekayaan dunia bagai tidak cukup tangan untuk dikendong..masanya sentiasa tidak cukup untuk duduk berehat sebentar bersama Sang Kekasih..dia VVIP di mata manusia..tetapi di mata penghuni langit sana dia VVNIP (very very not important person)!



Duhai insan yang keras...
Biar seteruk mana karat hatimu itu, yang nama Al-Ghafur itu sentiasa sedia beri keampunan padamu..pintu taubat sentiasa terbuka luas.. Bertambah-tambah luas pintu taubat dibuka lewat Ramadhan ini..

Duhai insan yang sombong...
Biar setinggi mana sombongmu itu, yang nama Ar-Rahim itu sentiasa kasihkanmu..walau berkali-kali kau tolak ke tepi iman dan hidayah itu jika kau mahu merebutnya pasti Dia akan berikan.. betapa tingginya kasih-Nya padamu sehinggakan dosamu semalam pasti akan diampunkan jika engkau mohon kepada-Nya..

Duhai insan yang bongkak...
Biar semegah mana bongkakmu.. yang nama Ar-Rahman itu tidak pernah lokek denganmu.. diberikan segala nikmat kepadamu tanpa putus biar enkau tidak pernah ingin menundukkan dirimu..ingatlah setinggi mana pun engkau merasa agungnya dirimu Tuhanmu itu tidak ada tandingannya..engkau merasa dirimu mulia dengan segala yang kau ada sekelip mata sahaja kau boleh dihapuskan seperti Qarun!

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...