Monday, July 18, 2011

Nisfu Sya’ban, Satu Transformasi –Siri 1-



Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan “Salam Nisfu Sya’ban”  kepada antum. Hambatan masa dan hambatan tugas seharian kekadang menjadi taruhan besar dalam menyampaikan tinta da’wah. Walaubagaimanapun, harus dipasakkan dalam minda kita sesibuk mana pun kita jangan sesekali lalai dari taklifan besar yang digalas di bahu kita. Sebagai hamba Allah pengabdian kepadaNYA mestilah menjadi priority!


Tahu Apa itu nisfu sya’ban?

Perkataan Nisfu berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “Separuh” atau “Pertengahan”.
Sya’ban adalah bulan Islam yang ke-8 sebelum memasuki bulan Ramadhan.

Jadi, Nisfu Sya’ban means Pertengahan Sya’ban yang mana ianya pada tanggal 15 Sya’ban.


Significant bulan Sya’ban, Suatu Transformasi

Apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya.
Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah.
Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa”
(Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda:

Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik)
dan yang bermusuh (orang benci membenci)
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Di bulan Sya’ban ini dengan jelas sekali bahawa segala amal kita yang sudah setahun dahulu akan diangkat untuk dinilai di sisi Allah Ta’ala. Sudah tentu kita mahu amal yang diangkat adalah yang baik-baik sahaja.




Signifikannya bulan ini, terutamanya nisfu Sya’ban ini membuatkan kita termuhasabah untuk membaiki amal dan seterusnya mentransform diri kita menjadi insan yang baik! 

Kita sering alpa dan leka dengan kehidupan kita sehari-hari. Hari ini kita berazam untuk membaiki diri dan mem’bersih’kan buku amalan kita agar yang penuh dicatat adalah di bahagian kanan oleh Malaikat Raqib sahaja. Tetapi, sebulan dua bulan akan datang bagaimana rekod amal kita? Adakah masih diconquer oleh Malaikat Raqib? Atau sudah didomonasi tulisannya oleh Malaikat ‘Atid? 


Mana satu pilihan kita?

Renung-renungkan dan selamat ber'mal!





"Erti Hidup pada Redho Ilahi"

17 Sya’ban 1432H/ 18 Julai 2011
Berkelana Mengejar RedhoNYA

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...