Skip to main content

Indahnya Ibtila’





Nikmat oh nikmat. Banyaknya nikmat kurniaan Allah..

Nikmat makan.

Nikmat hidup sihat.

Nikmat bahagia.
 
Nikmat beribadat.

Dan segala bentuk nikmat yang tidak mampu disenaraikan di sini.

Ucaplah...



Dalam banyak-banyak nikmat itu sedar tidak sedar kita lupa dengan satu nikmat iaitu:

Nikmat al-Ibtila’
atau
Nikmat Ujian


Kenapa Ibtila’ itu Nikmat?

Bukankah ia menyakitkan?

Bagai tertusuk sembilu di qalbu bukan?

Hal ini kerana merujuk kepada satu ayat Al-Quran:

{Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan sampaikanlah KHABAR GEMBIRA kepada org yang berSABAR}
 Surah Al-Baqarah: 155


Adakah seorang kekasih tidak mendambakan janji kekasih?

Bukankah ianya menjadi satu nikmat apabila mendapat satu khabar gembira dari kekasih kita Allah?

  
Bagaimana Menghadapi Ibtila’?

      1)   Mengucapkan kalimah istirja’

{iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata
“inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”
(sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-NYA lah kami kembali)}
Surah Al-Baqarah: 156

Seringkali kita mendengar ucapan kalimah ini apabila adanya kematian. Sayang sekali tidak ramai yang mempraktikkannya dalam segala hal musibah yang melanda. Berita orang Sakit, kemalangan, terjatuh barang dan sebagainya sepatutnya kalimah ini yang meniti di bibir terlebih dahulu berbanding melatah seperti:

“eh, mak kau!” akibat terkejut 

ataupun 

“Ya ka? Bila dia kemalangan?”

      
       2)   Bersyukur


Dalam surah Ibrahim ayat 7 Allah berfirman:

{Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan "sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, 
tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka pasti azab-KU sangat berat}

Apabila kita ditimpakan ujian seringkali kita lupakan segala nikmat yang pernah Allah kurniakan kpd kita..

Dengan sedikit ujian kekadang buatkan kita cepat mengeluh..

Kita lupa untuk bersyukur..


      3)   Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah

Ada insan yang apabila ujian menimpa dirinya dia semakin jauh dari Allah. Kenapa? Kerana dia tidak benar-benar dekat dengan Allah. Dirasakannya ujian yang menimpa itu membebankan dirinya. dirasakan doa dan pengabdiannya selama ini tidak pernah dimaqbulkan. Lalu dia kecewa dengan Allah. Ujian bukan mendekatkan dirinya kepada Allah tetapi menjauhkan! Na'uzubillah...


Tetapi, begitulah hakikatnya manusia ini seperti mana dikhabarkan Allah dalam surah Al-Ma'arij:

{Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.
Apabila dia ditimpakan kesusahan dia berkeluh kesah,
dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir}
ayat 19 hingga 21

{Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat,
mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya..}
ayat 22 dan 23

Inilah antara kunci! bagaimana kita menghadapi ujian dari Allah. Sentiasa mengabdikan diri kepada Allah biar berkali-kali tersungkur dilanda ombak dunia.

Jika aqrab hubungan kita dengan Allah pasti kita akan sentiasa berSABAR dan berSYUKUR atas segala ujian yang menimpa kita.. Biarlah berat ataupun ringan kita sentiasa Redho denganNYA..

Bukankah ujian yang sangat hebat telah menimpa Nabi Ayub a.s? Bagaimana Nabi Ayub tidak sekalipun mengeluh. Malah Nabi Ayub berdoa dengan penuh tertib:

{Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya,
“Ya Tuhanku, sungguh aku telah ditimpa penyakit,
padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.”
Surah Al-Anbiya’: 83

Nabi Allah Ayub a.s hanya mengadu rasa sakitnya, dia tidak pun meminta secara terus supaya Allah sembuhkannya. Subhanallah, Maha Suci Allah..tinggi sekali tahap kesabaran dan pengabdiannya..


Konklusi

Sahabat-sahabat, marilah kita bersama transform diri kita jika sebelum ini kita seringkali tersalah sangka dengan ujian yang menimpa. Sedangkan ujian itu tanda kasih Allah kepada kita. Diujinya kita untuk menilai tahap keimanan kita dan juga level cinta kita kepada-NYA…

Sesungguhnya Ujian itu..
Tarbiah dari Allah..
Untuk membentuk jiwa ‘abid..

Hayatilah.. 

 Hayati setiap bait lirik lagu ini 
p/s: off dulu halawiyat (^_^)


Srikandi Al-Azwar
Erti Hidup Pada Redho Ilahi
24 Sya’ban 1432H/ 24 Julai 2011
Teratak Cinta Baiti Jannati

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Comments

  1. saya suke ini!=)
    dikala tengah jiwa sakit kan
    baru terasa..napelah diri ni nak ingat tuhan mase susah jek..
    sangat sedih T__T
    patotnye kene ingt 24 jam..
    semoga dapat tarbiyyah diri ini kan =)
    insyaAllah

    ReplyDelete
  2. aimie: iya moga kita sentiasa dapat mentarbiah/ mendidik diri kita utk dekat dgn Allah sterusnya menjadikan insan yg sntiasa bersyukur atas segala ujian yg menimpa..(",)

    ReplyDelete
  3. ya, lebih kita bersyukur, lebihlah nikmat yg kita dpt

    ReplyDelete
  4. nice entry (^_^)

    ReplyDelete
  5. like this tq sgt2 nadiah kerana selalu mengingatkan kami tentang segala nikmat yg kita ada... :) thank you Allah... Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.