Skip to main content

1 Hari + 1. Mudah Sahaja


“Hayya ‘alassolah…”

“Hayya ‘alalfalah…”

Sahabat-sahabat, apa khabar? Iman ok? Amalan?

1 Hari + 1. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan term ini?

Bagi yang allergic kepada angka. ana tolong translatekan: 


SATU HARI TAMBAH SATU
 

Hari Ini dan Semalam

Sepertimana kata-kata hukamak (ahli bijak pandai):

“Barangsiapa yang hari ini adalah lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung, orang yang hari adalah sama seperti semalam adalah orang yang rugi, manakala orang yang hari ini adalah lebih teruk dari semalamnya maka dia adalah orang yang celaka”. **

**(rujuk nota kaki di bawah sekali)



Islam amat mementingkan kemajuan dan kecemerlangan. Sebagai seorang insan apatah lagi sebagai seorang muslim kita haruslah sentiasa memajukan diri kita. Buktinya, saban hari kita mendengar laungan azan 5 kali sehari sekurang-kurangnya dan term menuju kejayaan dengan jelas disebut;

“Hayya ‘alalfalah”

yang bermaksud “Marilah menuju kejayaan”


Kenapa 1 Hari + 1? Apa Kelebihannya?


      
      1)   Mudah untuk istiqamah

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh al-baihaqi dalam sunannya (1/76) , Ahmad dalam Musnadnya (5/371) dan al-Daruqutni dalam sunannya juga (3/45) daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a:
عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
[رواه مسلم] 

Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- Abu ‘Amrah, Suufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, saya berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah/istiqamahlah.
(Riwayat Muslim).

Dikhabarkan juga oleh kata-kata ulama (bukan hadis) ada menyebutkan :

أفــضل الأعمــال ادومــها وإن قــل
“Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan walaupun sedikit”(link)

Sebagai insan yang lemah kekadang iman kita naik kekadang ia turun. Hari ini amalan kita banyak sangat kemudian hari kita sudah tidak larat untuk melakukan ‘amal yang banyak. Jadi, jalan tengahnya seharusnya kita melakukan sesuatu ‘amal yang bersederhana agar yang sederhana itu mampu kita istiqamah/kekal/teruskan.


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang telah mengatakan Rabb kami adalah Allah, lalu mereka istiqamah, maka para malaikat akan turun kepada mereka, dengan mengatakan, “Janganlah kalian takut dan bersedih hati, bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan untuk kalian (Fushilat:30)


Istiqamah ini bukan sahaja membuatkan kita sentiasa bermotivasi untuk melakukan 'amal malah sangat disukai di sisi Allah dan Rasulullah. Jadi, ayuh kita sepertimana yang difirmankan Allah dalam surah Hud ayat 12: 

{Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar) sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan}

     
      2)   Dapat menghapuskan dosa kejahatan yang lalu


اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

“Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada, ikutilah kejahatan/keburukan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan etika yang mulia” (HR Al Tirmidzi dan Ahmad dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no. 97.)

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرُُ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al Baqarah: 271)

Antara hadis yang lain:

عَلَيْكَ بِقِيَامِ اللَيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ لَكُم لإِلَى رَبِّكُمْ وَ مُكَفِّرَةٌ للسَّيْئَاتِ وَ مَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ

“Hendaklah kalian solat malam, karena ia adalah adat orang yang soleh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Robb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa” (HR Al Haakim, dan dihasankan Al Albani dalam Irwa’ Al Ghalil 2/199).

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda:

عَلَيْكَ بَكَثْرَنِ السُّجُوْدِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً وَ حَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيْئَةً

“Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, karana tidaklah kamu sekali sujud kepada Allah kecuali Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa)” (HR Muslim).

Dalil-dalil di atas dengan jelasnya menyatakan bahawa segala dosa kejahatan yang terdahulu kita lakukan mampu dihapuskan oleh amalan-amalan soleh. Terutama dosa-dosa kecil. Tetapi, jangan pula kita tersalah konsep apabila mengetahui hal ini dengan sengajanya mencampuradukkan amalan kebaikan dengan kejahatan. Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 42:

{Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya} 


Got the idea already? Easy right?




Konklusinya:

Dalam melakukan amal sehari-harian penting sekali bagi kita istiqamah. Allah s.w.t tidak mengharapkan amal yang banyak dari kita yang mana amal itu mungkin tidak betul-betul kita sekalikan dengan niat hanya keranaNYA, terhindar dari segala penyakit riya’ dan sebagainya. Cukuplah kita melatih diri kita untuk menambah amal sedikit-sedikit maju ke hadapan tetapi tetap maintain mengejar redho Allah. Sentiasalah berazam untuk menambah walau satu amal kebaikan yang baru. Mungkin amal itu kita pernah lakukannya dahulu tetapi kita telah tinggalkannya sejak akhir-akhir ini. Mungkin juga sesuatu amal itu belum pernah melakukannya. Apa pun, pahatkan dalalm minda anda untuk sentiasa bergerak ke hadapan memajukan diri taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


 
So, let us move forward 
to strive mardhotillah!!!


** Terdapat pendapat mengatakan kata-kata di atas adalah hadis. Tetapi setakat qudrat diri yang lemah ini, ana cuba mengkaji untuk dapatkan sanad dan matan yang sahih namun ana belum terjumpa. Ana pernah mempelajarinya sebagai qaul sahabat. Sebagai jalan tengah dan selamat ana meletakkannya sebagai qaul (kata-kata) hukamak. Jadi, kepada sahabat-sahabat yang tahu kesahihan tentang ini boleh komen atau email ana. Sama-samalah kita mengkaji dan meneliti serta berpegang kepada dalil-dalil yang rajih.



P/S: Suka post ini? Kalau suka sudi-sudikanlah diri untuk ‘like’ dan beri sedikit komen kepada ana. Sama-sama kita sebarkan da’wah. Kredit untuk anda dan kredit juga untuk insan yang dhoif ini. Syukran. Wallahu a’lamu a’lam…






"Tiada Erti Tanpa Redho Ilahi"
nur_mylp@yahoo.com/ nadiahmahzir@gmail.com
3 Sya'ban 1432H bersamaan 4 Julai 2011
Teratak Cinta Baiti Jannati



Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Comments

  1. assalamualaikum wbt.
    trima kasih pada hadiah ini. Ana hargai sgt2. May Allah bless Us. Betul2 bmakna. Xtaw da mcm mana nak gambarkan kebermaknaan itu... yng pnting syukran jazilan.
    (^^)v

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt..afwan. tak ada apa juga dengan hadiah tu,sesama muslim kita harus sama2 saling bantu-membantu. fastaqim kama umirta!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.