Skip to main content

Janji Yang Pasti (Bab 1)



AllahuAkbar AllahuAkbar..
AllahuAkbar AllahuAkbar..

“Min, dah azan tu, jom turun surau sekali” laung Aqilah kepada teman sebiliknya yang sedang ralit menghadap laptop.

“Kau turunlah dulu, aku solat di bilik ja..ada keje sikit ni..”

45 minit berlalu..

Balik dari surau dia melihat temannya begitu “khusyuk” di hadapan komputernya. “Amboi, sampai nak tembus skrin tu kau tenung, tak jawab salam aku pun..”

“Ye? Aik kau dah balik dari surau Qila?”

“Iya, makan kat kafe jap tadi dengan Afifah sakit pulak perut ni, naik bilik dulu la sementara tunggu Isyak”

Mendengar itu, Jasmin mengalih pandang ke skrin laptopnya melihat jam. 8.30malam.
 “Masya-Allah dah nak dekat habis maghrib ni.” Buru-buru Jasmin bangun ke bilik air.


Enam minit kemudian..

“Huh, sempat juga..F1 betul!” Jasmin menggumam perlahan setelah selesai solat tetapi masih boleh didengari Aqilah.

“Alhamdulillah sempat..Sekejap je pun solat bukan lama pun kan..ok lagi solat 5 minit, ada pernah Qila nampak lebih kurang seminit ja sembahyang zohor, macam burung belatuk pun iya juga, tak ada toma’ninah dah, bukan main express

“Iya ke? Kalau seminit tu aku tak tau la boleh khusyuk ke tak, aku yang solat kalut-kalut macam tadi pun boleh anggar percentage khusyuk tak lebih dari 50%, asyik terlintas supaya sempat ja.” Balas Jasmin.

“Kalau solat pun sambil lewa dibuat, khusyuk pun hilang entah ke mana, kita risaukan celaan Allah dalam surah Al-Ma’un itu..moga-moga Allah menerima semua solat kita yang selalu lompang kita lakukan..”

“Amin..Qila, macam mana nak khusyuk dalam solat ek?”


Bersambung..

“Indahnya tinta da’wah”
28 Rejab 1432H bersamaan 30 Jun 2011
Teratak Cinta Baiti Jannati

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

Comments

  1. penulisan yang menarik! ^^
    teruskan berkarya.

    *peminat baru*
    :)

    ReplyDelete
  2. Farhah Za'ba: Thanks a lot! Moga beroleh manfaat walau sedikit..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FORMULA PENTING MATEMATIK UPSR

Seringkali anak-anak pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis potensi diri dalam pembelajaran. Kekadang masalah yang kecil dikatakan besar. Sedangkan potensi dirinya adalah besar berbanding sangkaannya.
Begitu juga halnya dalam subjek MATEMATIK. Seringkali pelajar berasa susah. Sedangkan sebenarnya tanpa sedar masalah utamanya adalah FORMULA. Sangat sayang sebenarnya anak-anak pelajar yang punya potensi A+ tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan formula. Justeru, di sini ingin saya kongsikan beberapa formula yang dikira penting dalam menjawab soalan matematik. Selamat mencuba!



Nombor, Perpuluhan dan Masa

Jarak, Jisim dan Isipadu

Luas, Isipadu dan Perimeter



Purata dan Peratus

Terima kasih atas kesudian anda mengambil sedikit perkongsian input dari blog saya ini. Saya cuba membantu sekadar kemampuan saya. Jika ada sebarang permasalahan berhubung kaedah ini boleh e-mail terus secara personal kepada saya. Kepada yang ingin saya kongsikan kompilasi formula ini …

DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR

▶ DOA KETIKA MENGIBAS TEMPAT TIDUR


بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:

Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku baringkan badanku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, dan jika Engkau menahan diriku (matikan aku), maka rahmatilah daku, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang soleh.

Kelebihan : Rasulullah berkata : "Apabila seseorang dari kalian hendak tidur, maka hendaklah dia mengibaskan di atas tempat tidurnya dengan kain sarungnya, karena dia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya.

[Direkod Oleh Al-Bukhari: 6320]
Selepas itu, bacalah... 
1) Ayat Kursiy 2) Surah Al-Ikhlas 3) Surah Al-Falaq 4) Surah An-Nas Kemudian, tarik nafas dan hembuskan di telapak tangan...dan sapulah ke seluruh badan. Moga menjadi perlindungan.
AKHIR SEKALI! Jangan lupa baca DOA SEBELUM TIDUR ^^


Metodologi Penulisan Kitab Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir bil-Ma’thur yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakat Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama: Tafsir al-Qur’an al-A’zim (تفسير القران العظيم  ) yang telah diterbitkan secara meluas dalam pelbagai versi olahan dan cetakan.