Thursday, June 23, 2011

MAKNAKAN TAQWA DALAM HIDUPMU!


 


Takutkah?
Gentarkah?
Kecutkah?

Berlegar-legar di benak fikiran. Bagaimana mahu menterjemah konsep taqwa dalam hidup..
Bila bercakap tentang taqwa rata-rata boleh menghuraikannya dengan baik. 

Antara perumpamaan terbaik tentang TAQWA adalah;



Ubay bin Ka’ab umpamanya, telah memberi satu analogi yang sangat jelas bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”

Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah saw, yakni Abu Darda r.a telah berkata:
 
“Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah  (arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yangharam.”

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda itu selaras dengan hadis Rasulullah saw:
“Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah. ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).

Tapi, sejauh manakah antum sendiri faham tentang implementasi taqwa dalam setiap detik sehari-hari?

Adakah ianya hanya mainan di hujung bibir?

Atau adakah benar-benar ia terpasak kukuh dalam hati kalian?



Tak rugi menjadi insan yang berTAQWA

Terlalu banyak jaminan dan jaminan Allah s.w.t ke atas hamba-hambaNYA yang berTAQWA. Baik semasa di dunia mahupun di negeri akhirat. Antaranya ialah:
        1) Darjat tertinggi di sisi Allah


“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang bertaqwa.”
(Al-Hujurat: 13)
“Kehidupan dunia kelihatan indah bagi orang kafir sehingga mereka memandang rendah kepada orang beriman, tetapi orang yang bertaqwa adalah lebih tinggi daripada mereka di hari Kiamat.” (Al Baqarah: 212)
  
        2)  Disukai Allah
“Sebenarnya, siapa yang menepati janji (yang dibuatnya) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa.”
           (Ali Imran: 76)  
        3) Dibela oleh Allah
“Allah jadi pembela (pembantu) bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Al Jasiyah: 19)

4)   Dipermudahkan segala masalah yang menimpa dan dimurahkan rezeki


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 2-3)

5)   Diberkati Allah


“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)

6)   Diberi ganjaran syurga

     “Akan tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya bagi mereka Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah.” (Ali Imran: 198) 

       
       7) Ditutupi dan dihapuskan dosa 
“Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan melipatgandakan pahala baginya.” (At Thalaq: 5)

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”  
(Al Anfal: 29)

Dan..banyak lagi kelebihan TAQWA di sisi Allah s.w.t. Pastinya tidak akan akan rugi!!


Ya! Sekarang kita masing-masing jelas dengan makna TAQWA. Tidak seharusnya kita berdolak dalih dan berlengah-lengah lagi untuk memajukan kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Hidup pun hanya sekali. Nyawa pinjaman Allah ini pun hanya sekali kita nikmati. Jadi apa tunggu lagi???

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...