Wednesday, December 8, 2010

Program Realiti TV: ADIK-ADIKKU vs IDOLA KECIL



Kebanjiran industri hiburan dewasa kini bagaikan “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Sangat subur. Sangat hangat. Sangat fantastic!

Sedar atau tidak rancangan-rancangan inilah yang akan mencorak adik-adik kecil kita sekarang.

Program Realiti TV ADIK-ADIKKU di TV1
IDOLA KECIL di TV9


Persoalannya:
Adakah kita ingin anak-anak kecil ini membentuk peribadi Muslim Excellent?
Atau
Adakah kita mahu membentuk mereka dengan peribadi Western Excellent?


LAGU TEMA ADIK-ADIKKU:

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.


Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!



Melalui lagu tema di atas kita sudah dapat menangkap beberapa objektif baik dari program ini. Adik-adik kecil kecil kita diajak untuk sama-sama membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. Sejajar dengan sabda Baginda Rasulullah dalam beberapa riwayat hadis:
Abu Darda' r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w, sabdanya:

Pada hari kiamat kelak, tiada satu perkarapun pada timbangan amal orang mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia (khuluqin hasan).
 -Riwayat at Tirmidhi dan beliau mensahihkannya-


Dalam hadis lain menyebut:

Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu.
-Riwayat Ahmad-


Berkenaan dengan berkasih sayang sesama insan pula, terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w yang menyeru kea rah itu seperti:
Tujuh golongan yang Alah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja...


Salah satu golongan tersebut ialah:

Dua orang yangberkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun dan bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.
-Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, al-Tirmidhi dan an-Nasaie-


Dalam sebuah hadis Qudsi menyebut bahawa Allah Taala berfirman:

Aku pasti mengasihi orang yang kasih mengasihi keranaKu. Aku pasti mengasihi orang yang saling membelanjakan hartanya keranaKu dan Aku pasti mengasihi orang yang ziarah menziarahi keranKu.
-Riwayat Malik-

Ustaz Zamri bersama anak-anak didiknya
Ustazah Asni merupakan salah seorang murabbi Adik-adikku
Para Da'ie muda bakal penerus da'wah Nabi Muhammad!


Program Realiti Adik-adikku anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam  Malaysia (JAKIM) ini telah berjaya melahirkan beberapa penda’wah cilik yang sangat mengagumkan kita!



Para peserta ini telah dididik selama sebulan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi dengan mendapat bimbingan dari Rais (Pengetua) iaitu Encik Farihin Abdul Fattah dan 5 orang Murabbi (pembimbing) iaitu Ustaz Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, Ustaz Zamri bin Zainuldin, Ustaz Badrul Sani bin Baharudin dan Ustazah Asni binti Abu Mansor.




Namun sayang seribu kali sayang! Pesaing terhebat program ini Program Realiti Idola Kecil dampak lebih menarik perhatian ramai. Dengan tema utama rancangan berunsurkan nyanyian YA! tentu saja ia lebih menarik! 

Idola Kecil musim ke-2


Lagak penghibur yang mantap!
Tenaga pengajar Idola Kecil




Adik-adik kecil kita diasuh untuk menjadi seorang Idola yang menyamai Malaysian Idol, One in a Million dan sebagainya. Mereka diajar menyanyi, menari, berlakon. Mudahnya, mereka dan juga adik-adik kecil kita sebagai penonton telah diajar untuk berhibur secara hiburan Western bukan Islamic!








 

Duhai hati-hati yang lembut..

Duhai hati-hati yang mulia..

Pilihan di tangan anda..

Jika anda mempunyai seorang anak..

Jika anda mempunyai seorang adik..

Jika anda mempunyai seorang anak saudara..

Coraklah mereka ke jalan yang diredhoi Allah….

Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

2 comments:

  1. Parents pun suke je anak die jadi glamor. Haish...!

    ReplyDelete
  2. kunjungan kembali. Ya, Program Adik2ku seharusnya diperbanyakkan..sedap sajak yang last tu :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...