Saturday, December 18, 2010

Dilema Membuat Pilihan


Dalam sehari-hari kita sentiasa perlu berhadapan dengan perlbagai urusan hidup yang memerlukan kita membuat pilihan. Daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar memerlukan pertimbangan yang baik.


Sebagai hamba Allah yang dhoif sudah pastinya pertimbangan ‘aqal kita terlalu lemah dan selalu terikut-ikut dengan nafsu diri yang tidak baik.

Penyelesaian

Islam sungguh sempurna!

Dalam hal pilih memilih ini ada jalan yang baik untuk dipraktikkan.

SOLAT ISTIKHARAH!

Seringkali persoalan solat istikharah disalah ertikan. Ianya selalu dikaitkan hanya dengan soal jodoh oleh kebanyakan orang.
Apabila serasa bertemu ‘calon’ yang berkenan di hati barulah hendak solat Istikharah.

Tapi, tahukah kalian bahawa solat sunat dua rakaat ini sangat dianjurkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dalam segenap lapangan pekerjaan harian kita?
  
Bahkan, solat ini sangat digalakkan untuk dilakukan SETIAP HARI bukan hanya apabila ada gusar di hati dalam membuat pilihan.

Hakikatnya kita terlalu lemah. Kita tiada upaya mengetahui perkara GHAIB. Tidak tahu apa yang terbaik untuk kita. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.


Solat Istikharah juga seperti solat-solat sunat yang lain yang berbeza hanyalah lafaz dan niatnya:
"Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala"





Doa yang diajar Rasulullah s.a.w


Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (link)

Imam As-Syaukani Rahimahullah perpendapat hadis ini sebagai dalil bahawa sembahyang istikharah itu boleh dikerjakan berkaitan semua urusan pekerjaan samada pekerjaan itu berat atau tidak.

Ulama’ fiqh pula berpendapat sembahyang sunat istikahrah hanya boleh dilakukan terhadap satu-satu urusan atau pekerjaan yang diharuskan oleh agama sahaja.

Urusan atau persoalan yang hukumnya wajib atau sunat tidaklah boleh diistikharahkan, contohnya seorang kaya raya yang tidak mempunyai masalah kewangan dan mempunyai kesihatan yang baik tiba-tiba hendak istikharah bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima (haji) pada hal semua syarat cukup.

Begitu juga tidak boleh diistikharahkan untuk perkara yang haram, contohnya seperti riba, rasuah, merompak dan lain-lain kerana semua itu nyata haram dikerjakan di sisi syarak.(link)


Salah faham

Seringkali juga terdengar kebanyakan yang melakukan istikharah ini meletakkan MIMPI sebagai kayu ukur pilihan Allah.

Mimpi BUKANLAH semata-mata petunjuk yang didatangkan oleh Allah!
Sebagai hamba Allah yang kerdil dan cetek ilmu pengetahuan, kita BUKANLAH SEPERTI NABI YUSUF a.s yang bijak menafsir mimpi.

HATI yang memberat ke arah mana itulah jawapannya!

Oleh sebab itu, apabila solat Istikharah dilakukan perkara yang paling penting untuk kita dahulukan adalah MENYERAH SEPENUH HATI URUSAN INI KEPADA ALLAH.

Tidak sepatutnya di dalam hati kita sudah ada keputusan yang kita inginkan.
Sebagai contoh, jika kita menghadapi dilema dalam membuat pilihan untuk memilih institusi pengajian tinggi sama ada A atau B. Tidak sepatutnya dalam hati kita sudah ada pilihan bahawa aku inginkan A. sebaliknya kita haruslah menyerah 100% apa jua natijahnya.

Amat indah sekali jika sebelum melakukan Istikharah kita BERSIHKAN HATI kita dengan istighfar, taubat sepenuh hati dan Solat hajat sebagai tanda pengharapan kita terlalu tinggi kepada Allah..


Tidak Rugi!

مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَهُ وَلاَ تَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ ـ الطبراني

Ertinya : Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana.


Oh Indahnya Istkharah!

Solat Istikharah ini menyatakan REDHO kita kepada pilihan Allah.

Ianya bukti KEYAKINAN kita kepada Allah adalah tinggi.

Ianya tanda TAWAKKAL kita yang kepada Allah 100%!

 Ayuh, sama-samalah kita praktikkan Solat Istikharah dalam kehidupan kita sehari-hari. 
Moga REDHO ALLAH sentiasa bersama kita!




Srikandi Al-Azwar

12 Muharram 1432H/18 Disember 2010
Teratak Cinta
"Nilai Sebuah Perkongsian" 
Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...