Friday, December 3, 2010

DENGARLAH RINTIHAN SI MAYAT……

Assalamu'alaikum..

Kematian merupakan ketentuan yang pasti bagi setiap makhluk yang bernafas di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini. Ia datang tanpa mengira waktu, tidak mengenal usia mahupun tempat, juga tidak mengira harta atau pangkat seseorang itu kerana sesungguhnya manusia itu hanyalah hamba yang dhaif di sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.



 Mayat yang baru ditinggalkan rohnya pasti mempunyai seribu satu perasaan yang tidak diketahui oleh insan-insan lain yang masih bernafas di muka bumi ini. Tahukah anda apa yang diucapkan oleh mayat tatkala ditinggalkan roh, di saat dimandikan dan seterusnya? Mari kita singkap rahsia sebenar di sebalik perkara-perkara yang tidak bisa dilihat dan didengar oleh kita secara zahir…
 
Dalam hadith riwayat saidatina Aishah radiallahuanha berkata: “Sedang aku duduk bersila di rumah, tiba-tiba Rasulullah masuk dan memberi salam kepadaku.Lalu aku pun berdiri hendak mendapatkan baginda. 
Baginda lantas berkata: “Duduklah terus di tempat itu wahai Ummul Mukminin (ibu segala orang Mukmin)”. Rasulullah terus baring di atas ribaku lalu terus tidur. Aku lihat uban di janggutnya ada 19 helai. Dalam kepalaku terfikir bahawa baginda mungkin akan terlebih dahulu meninggalkanku di dunia yang fana’ ini. Maka tinggallah ummat tanpa kehadiran Nabi. Aku pun menangis teresak-esak sehingga mengalir air mata ke pipi dan terus jatuh ke muka Rasulullah s.a.w. 
Kemudian baginda terjaga lalu bertanya kepadaku:
“Apakah yang engkau tangiskan wahai Aisyah?” Aku pun menceritakan apa yang aku fikirkan itu. 
Baginda bertanya lagi:
“Apakah keadaan yang lebih sakit ke atas mayat wahai Aisyah?” Aku pun menjawab: “Waktu mayat itu dihantar ke kubur maka dukacitalah seluruh keluarganya. Kemudian dihantar ke liang lahad dan dikambus dengan tanah lalu baliklah semua saudara-mara dan kawan-kawan.. Ia diserahkan kepada Allah s.w.t. Kemudian datanglah malaikat Mungkar dan Nakir menyoalnya.” 
Lalu baginda bersabda:
“Wahai Aisyah, perkara yang terlebih sakit ke atas mayat adalah ketika masuk orang-orang yang hendak memandikan mayat itu. Pemandi itu akan menanggalkan cincin yang ada di jarinya. Menanggalkan baju dari badannya. Menaggalkan serban dan kopiah. Ketika itu berteriaklah ia dengan sekuat-kuatnya: 
‘Dengan nama Allah, wahai yang memandikan, aku minta kepadamu, tanggalkanlah baju dan kainku dengan lembut kerana saat ini badanku sedang berehat dari bekas sakit rentapan Malaikatul Maut.’ 

“Apabila disimbahkan air ke atasnya, ia pun berteriak lagi: ‘Janganlah dituangkan ke atasku air yang panas dan sangat sejuk kerana badanku sedang terbakar sebab tanggalnya nyawa dari badan’. 

“Kemudian bila digosok badan mayat itu, ia berteriak lagi: ‘Jangan digosok kuat-kuat ke atas badanku ini sebab badanku luka-luka kerana keluar nyawa dar badan’.
 
“Apabila selesai mandi dan dikafankan, dia berteriak lagi: ‘Janganlah kamu ikat kepalaku hingga aku dapat melihat ahli, anak serta keluargaku kerana ingin aku melihat mereka kali terakhir hingga sampai hari Qiamat kelak!’
 
“Apabila mayat itu keluar dari rumah ia pun berteriak: ‘Wahai manusia, jangan kamu segera hantar aku ke kubur sehingga aku dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kampungku, keluargaku, anak-anakku dan hartaku. Jangan kamu sakiti isteriku yang sudah jadi janda, dan anak-anakku yang sudah jadi yatim!’
 
“Ketika mayat itu diusung dan melangkah beberapa langkah ia berteriak lagi: ‘Wahai isteriku, anakku dan saudaraku! Janganlah hendaknya kamu mudah diperdaya dengan dunia seperti ia telah memperdayaku. Janganlah hendaknya kamu dipermainkan dengan masa seperti ia mempermainkan aku. Ambillah iktibar dari kematianku ini. Aku tinggalkan kepadamu apa-apa yang telah aku kumpulkan selama ini. Kamu boleh berlazat-lazat dengan hartaku itu. Tetapi janganlah kamu lupa untuk mendoakan aku’.

 
“Bila mayat itu dimasukkan saja ke liang lahad, ia berteriak lagi: ‘Wahai saudara-saudaraku! Aku kumpulkan harta untuk kamu maka kamu hendaklah ingat kepadaku denagn memperbanyakkan membuat kebajikan dengan harta itu. Aku telah mengajar kamu dengan membaca al-Quran dan mengajar berakhlak kepada Allah dan manusia. Maka doakanlah aku selalu.’


Begitulah dasyatnya rasa sakit ketika nyawa keluar dari badan sehingga kesan-kesannya masih dapat dirasa walaupun sudah menjadi mayat. Walaupun dilihat mayat itu sudah tidak mampu untuk bertutur, namun hakikatnya ia masih menuturkan kata-kata yang tidak mampu didengar oleh kita…Ingatlah.. “Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati” Wallahu a’lam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...