SYUKRAN 'ALAIKUM!

Monday, November 29, 2010

CERPEN: Anak Soleh -1-



Pada suatu petang ketika aku sedang berjalan-jalan di sekitar bandar, tiba-tiba ada seorang kanak-kanak lelaki lingkungan sembilan tahun menghampiriku. Tangannya menadah simpati dariku meminta sesuatu yang kurasakan semestinya duit.

Lambat-lambat aku memberi sebarang reaksi kepadanya. Fikiranku melayang sebentar. Baru sahaja tersedar dari lamunan, anak kecil itu bertindak menyeluk beg sandangku. Aku tersentak. Dia sempat menggapai beberapa syiling kecil. Pada mulanya aku agak geram dengan tindakannya. 

Tapi, aku tersedar dengan ketukan rahmat dari Allah. Aku menyeluk begku dan mengambil beberapa syiling yang berbaki. Semua aku hulurkan kepadanya. Tanpa mengucap terima kasih kanak-kanak itu berlari ke arah sekumpulan kanak-kanak. Mungkin teman sepermainannya. Nampak seperti kanak-kanak jalanan. Aku tersenyum sendiri. 



Langkah kuatur satu-satu ke arah kumpulan tersebut. Senyuman tetap segar menguntum. Kumpulan yang terdiri dalam enam orang tersebut aku tatap dengan pandangan kasih.

“Assalamualaikum..” aku sapa perlahan.
 Sapaanku tidak berbalas. Aku tetap senyum.

Aku memandang adik lelaki tadi. “Ni kawan-kawan adik?”. Dia tidak menyahut sapaanku. Malah tersenyum-senyum dan ketawa kecil dengan rakan-rakannya.

Aku menarik dalam nafasku lalu kuhembus perlahan-lahan. Mengumpul kekuatan. Bukan rasa tercabar. Tapi merasakan tidak mudah untuk mendekati golongan seperti itu.

“Adik-adik dah makan..?” mereka tidak mempedulikan. Pelik. Entah mengapa.

“Adik-adik…mana mak ayah adik-adik?”. Aku tidak mengalah ingin terus berbicara dengan mereka. 
“Oo..mak ayah…” salah seorang dari mereka menyampuk dengan nada mengejek. Mereka ketawa kecil.

Aku memandang kanak-kanak perempuan yang menyampuk tadi. Mungkin yang paling tua di kalangan mereka aku fikir. Tubuhnya paling tinggi. Mungkin lingkungan 12 tahun.

“Adik-adik…mak ayah kita..”

“Oo..hmm…” belum pun sempat aku menyudahkan ayatku dia menyampuk sekali lagi sambil tersenyum kepada  yang lain. Agak sinis. Aku merenungnya dengan renungan kasih sayang.

“Nama adik apa..?”

“Nur..” dia menjawab sambil tersenyum penuh makna. Tersirat.

“Iya? Nama akak pun Nur juga…” aku merapati adik Nur dan memegang bahunya.

“Adik-adik masih punya ibu bapa?” mereka mengagguk.

“Kita…” aku merenung anak mata setiap mereka. Mengambil perhatian.

“…sebagai anak harus menjadi anak-anak yang baik..” aku menyambung. Mereka masih susah mahu memberi tumpuan pada kata-kataku.

“Sampailah satu saat…ibu bapa kita akan meninggalkan kita buat selama-lamanya…” aku teruskan kata-kata sambil memandang kasih kepada mereka. Air muka mereka terus berubah apabila mendengar perkataan “meninggalkan”. Mereka semua mengalihkan tumpuan kepadaku.

‘Alhamdulillah..hati mereka dapatku sentuh jua akhirnya’, hatiku bermonolog. Senyuman kusimpul lagi.

“Ayah akak… sudah pergi meninggalkan akak buat selama-lamanya..” lambat-lambat aku bersuara. Mereka kelihatan terkedu dan terus diam. Aku tetap tersenyum.

“Adik-adik tahu lagu Anak Soleh nyanyian kumpulan nasyid Rabbani?”. Mereka menggeleng. Aku tersenyum.

“Akak nyanyikan nak?” mereka mengangguk dan senyum manis. Aduh, sejuk hati memandang. Aku alunkan perlahan penuh penghayatan.


●●
Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa…
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa..

●●


Teresak-esak adik Nur menangis. Begitu juga rakan-rakannya. Aku dakap adik Nur erat. Mereka semua mengerumuniku. Ingin juga memelukku. Kepala mereka kuusap meredakan tangisan mereka. Nduk..(bahasa Sabah) hati anak-anak kecil memang lembut.


“Masa akak kecil macam kamu, akak pernah soal ayah akak masa dengar lagu ni,
“Ayah…anak soleh tu apa?”

“Anak soleh tu..anak yang apabila ibu bapanya meninggal dunia mereka tetap mendoakan ibu bapanya..” aku hanya angguk-angguk pada waktu itu. Kurang mengerti maksudnya ketika masih kecil.



27 JamadilAwwal 1431
12 Mei 2010
Teratak Cinta..


Bestnye dapat KLIK sini. 
Boleh main game dan macam-macam lagi!!(^_^)

3 comments:

  1. Ya ALLAH tersentuh jiwa ana..:( xsabar tunggu sambungan hehe

    ReplyDelete
  2. izin copy ya :)
    boleh gak?? buat jadiin tugass ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf baru baca komen..bole.... email saya bole? nur_mylp@yahoo.com

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...